Sunday, May 3, 2009

Pilihan raya jadi produk pelancongan


Barangkali Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen perlu memikirkan secara serius untuk menyenaraikan kempen pilihan raya sebagai salah satu lagi produk pelancongan di negara ekoran sejak "September 16" yang gagal, banyak sangat pilihan raya kecil diadakan sama ada secara sengaja maupun tidak sengaja.

Kalau sebelum ini kita hanya berdepan dengan pilihan raya kecil melalui kematian wakil rakyat sahaja tetapi kali ini kadang kala kerusi sengaja di kosongkan untuk mencapai cita-cita politik 'bekas bakal Perdana Menteri" yang tidak jadi, Datuk Seri Anwar.

Kalau pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah sengaja kosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada suami tersayang bagi masuk parlimen, kemudian diikuti pula dengan Pilihan raya kecil Bukit Selambau dan yang terbaru Dewan Undangan Penanti yang semata-mata untuk melantik bekas Setiausaha Politik beliau, Dr Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kemungkinan juga selepas ini satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan bagi DUN Kota Alam Shah dengan pelbagai alasan dibuat bagi menghalalkan tindakan mereka itu.

Barangkali Anwar memilih cara sebegitu itu untuk beliau terus dibelai mimpi mimpi indah bagi meneruskan cita-citanya hendak sampai ke Putrajaya tanpa melihat kepada kesan yang akan timbul ekoran tindakan yang bukan sahaja banyak membuang masa malahan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Walaupun Teman tidak bersetuju dengan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pilihan raya kecil seperti ini merupakan satu pembaziran duit rakyat tetapi pilihan raya yang sengaja diada adakan banyak membazirkan masa rakyat. Biarlah masa kempen dimanfaatkan untuk memikirkan usaha membangun negara untuk rakyat.

Tapi tentunya bagi Anwar Ibrahim, beliau tidak peduli semua itu , yang penting cita-cita politiknya tercapai walaupun terpaksa masuk campur rumah tangga orang, macamana yang terjadi dengan nasib rakan sekutu mereka, PAS.

Apupun UMNO jangan jadi kalam kabut dengan gelagat Anwar yang separuh sedar tu, kalau ada pilihan raya, UMNO jangan cepat angkat tangan, sebagai parti yang masih relevan dengan politik tanah air, UMNO perlu bertanding.

Walaupun harapan untuk menang kadangkala tak ada, tetapi kesempatan kempen pilihan raya kecil seperti itu sekurang-kurangnya dapat dijadikan peluang untuk menyekat golongan bercita-cita besar itu menjual tembelang mereka.

Bagi Teman, kita tidak perlu ikut rentak golongan yang SANGAT KECEWA ini, tapi dalam masa yang sama tidak perlu memberi ruang kepada mereka untuk terus menyalahgunakan istilah demokrasi untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Apapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terikut-ikut dengan rentak Anwar tu..Kalau dia nak ada pilihan raya, BN jangan awal awal lagi dah angkat tangan. Kita Jangan jadi pengecut. Anwar tu bukan kuat sangat...gempak aja lebih . DIa akan terus kacau selagi tak boleh menguasai Putrajaya.