Friday, October 31, 2008

Gua Musang pilih Ku Li dengan Shahrir


Sebagaimana yang dijangkakan, persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang hari ini mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan agung parti Mac depan.

Bahagian yang diketuai oleh Ku Li juga turut mencalonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad sebagai Timbalan Presiden dan setakat ini ia merupakan pencalonan pertama untuk Ahli Parlimen Johor Bahru itu untuk kerusi nombor dua UMNO itu.

Dalam persidangan bahagian tersebut, Ku Li dan Shahrir mendapat undi sebulat suara.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, Gua Musang mencalonkan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afifuddin Haji Omar.

Kedua-dua calon berkenaan juga memperolehi undi pertama mereka untuk jawatan tersebut.

Bagi Teman, inilah yang menariknya pilitik UMNO ini, macam-macam boleh jadi dan tentunya perwakilan UMNO Gua Musang sudah membuat perhitungan sendiri dalam memilih calon yang mahu diketengahkan bagi memimpin parti itu.

Tahniah buat Ku Li.. dan Teman nak tunggu komen Datuk Shahrir pula..

Permulaan buat Ku Li


Persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang esok sudah tentu akan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi pemilihan parti Mac depan.

Walaupun beliau dijangka akan mendapat satu sahaja percalonan esok, tetapi realiti politik sukar untuk diramal, barangkali pencalonan pertama nanti akan menjadi permulaan kepada langkah ahli parlimen Gua Musang itu untuk menawar diri berkhidmat kepada parti.

Tentunya, Teman percaya sebelum membuat pengumuman bertanding, beliau yang sudah masak dengan sepak terajang politik sudah membuat perhitungan dan perkiraan mengenai pencalonan yang bakal diperolehi.

Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan kebangkitan suara akar umbi, segala kemungkinan itu tidak mustahil walaupun sebahagian besar perwakilan memilih Datuk Seri Najib bagi mengambil alih kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Badawi.

Ketika ini Najib sudah mengumpul 105 pencalonan daripada keseluruhan 191 bahagian.

Tanpa didorong oleh keyakinan itu, tentunya putera raja dari Kelantan itu tidak membuat sebarang pengumuman dan berhasrat mencuba nasib untuk kerusi tersebut sebagaimana diwarwarkan sebelum ini.

Walaupun terpaksa mengunakan gear tiga atau gear empat, beliau masih ada lagi peluang untuk bersama-sama masuk gelanggang kerana masih ada 86 bahagian yang belum bermesyuarat dan beliau hanya memerlukan 59 pencalonan untuk melepasi kelayakan.

Lihat sahaja dengan pencalonan yang diperolehi oelh Datuk Seri Khir Toyo untuk jawatan Ketua Pemuda, sebelum ini beliau hanya mampu mengutip kurang daripada 10 pencalonan untuk bersama dengan dua lagi calon, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin yang sudah jauh meninggalkan beliau.

Tetapi hari ini, bekas Menteri Besar Selangor itu bukan sahaja sudah berada di zon selesa untuk pencalonan tetapi berada di tempat kedua mengatasi Khairy.

Tidak kurang juga dengan pencalonan yang diperolehi oleh dua lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Ali Rustam, walaupun masih belum layak tetapi pencalonan semakin meningkat dan tentunya mereka turut mendapt pasport untuk bersama sama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi Teman, Ku Li tidak perlu lagi menyediakan bendera putih kerana masih ada lagi ruang untuk beliau dan tentunya sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, Ku Li akan akur dengan ketetapan yang diputuskan perwakilan nanti.

Lihat sahaja beberapa bahagian yang selesai mengadakan persidangan masing-masing, banyak juga keputusan yang mengejutkan, bagaimana Giant Killer, Datuk Rahman Bakar boleh kalah di Marang, Datuk Hamdy tewas di Bruas, Khairy gagal menyapu bersih pencalonan dari Negeri Sembilan dan kegagalan Muhyiddin mengumpul pencalonan dari Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Oleh itu sama-sama kita melihat perkembangan yang akan berlaku selepas persidangan perwakilan Gua Musang, apakah ia akan merebak ke bahagian lain yang masih banyak lagi belum mengadakan persidangan.

Teman yang agak lama mengenali Kul Li dan kesempatan bertemu beliau baru-baru ini dapat membuat kesimpulan bekas Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan itu masih berminat untuk bekerja dan mempunyai wawasan yang besar ke arah membantu memperkukuhkan parti dan ekonomi orang Melayu.

Cuma bisik seorang rakan yang bersama-sama selepas menemui Ku Li di kediamamnnya, berkata Ku Li ini menjadi mangsa sistem kouta UMNO sahaja dan sistem itu sudah sepatutnya di letak di Muzium,kalau mahu melihat UMNO benar-benar memegang prinsip demokrasi.

Bagi Teman, Selamat bersidang Ku.

Thursday, October 30, 2008

WATAN semakin berkembang



Alhamdulilah, mingguan WATAN sudahpun berada di pasaran lebih dua bulan, kini ia sudah masuk isu ke 10. Dengan berkat kegigihan dan komitmen kakitangan yang bekerja tanpa mengenal penat dan perit disamping sokongan pembaca setia, kami sudah berada di persada pembaca bagi sama-sama bersaing dengan media lain sekaligus mengisi kekurangan modium media cetak politik yang bebas.

Dengan berkonsepkan Berani Terus Benar kami cuba memberikan laporan yang
bertangguangjawab tanpa dipengaruhi mana mana sentimen walaupun kadangkala lebih banyak menerima kecamanan daripada pujian.

Apupun segalanya adalah satu kekuatan kepada kami untuk terus berada di pasaran bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah dinikmati 13 tahun lalu disamping meneruskan agenda kebebasan akhbar yang seharusnya menjadi salah satu paksi kepada perkembangan negara dan minda rakyat.

Dengan memulakan keluaran hanya 32 muka surat, kini kamu cuba maju setakat lagi dengan menambah muka surat kepada 40 muka sejajar dengan perkembangan pengedaran yang mula diterbitkan sebanyak 30 ribu naskah sahaja dan kini sudahpun mencapai 50 ribu. Satu perkembangan yang amat membanggakan bagi kami yang lahir dalam serba kekurangan.

Dengan penambahanan muka surat juga, beberapa ruangan baru diwujudkan antaranya, Naluri Wanita, ruangan baru yang khusus untuk melaporkan aktiviti dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kaum hawa yang tidak dapat dinafikan antara pembaca setia Watan.

Begitu juga dengan ruangan Wawancara kalau dulu hanya dua muka surat sahaja, kini ditambah tiga lagi, bagi memberi ruang yang luas kepada tokoh yang dipilih membentangkan misi dan visi mereka disamping tidak kurang juga untuk kepuasan kepada pembaca.

Manakala ruangan ISU, mefokuskan kepada isu-isu semasa disamping juga menyediakan ruang kepada tokoh tokoh tertentu mengupas mengenai sesuatu isu.

Tidak kurang pentingnya kemunculan kami yang mula terasa di pasaran ini mendapat sokongan besar daripada pengiklan pengiklan yang menyatakan komitmen mereka untuk terus bersama kami.

Apapun tanpa sokongan pembaca kami tidak akan berada di pasaran seperti hari ini, terima kasih daun keladi.

Begitu juga tanpa sokongan kuat kakitangan di jabatan pengarang dan kawan-kawan yang turut bersengkang mata setiap hari date line, kami juga sukar untuk terus berada di pasaran tepat pada masanya. Terima kasih saudara Zabidi Saidi, Shahhilan Alias Badrul Hafiz disamping teman-teman lain yang membantu dari luar, Datuk Kadir Jasin, Datuk Raja Ahmad Zainuddin, Mat Desa, Abang Zakaria Bidin, Daud Ibrahim, Shamsuri Roslan dan ramai lagi.

Tidak kurang juga kepada bos lama yang banyak memberikan sokongan moral walaupun Teman banyak memgecewakan beliau...Maafkan saya Bos, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Insallah sokongan dan dorongan daripada semua, WATAN akan terus berada di pasaran dan mampu melebarkan sayapnya dengan lebih jauh lagi.

Tidak kurang juga teguran membina amat kami perlukan, hubungi kami melalui tel: 03 21616916 atau email: mingguan_watan@ yahoo.com atau boleh juga hubungi Teman melalui email: bbahaazuwan@yahoo.com. atau bahazuwan@gmail.com .Terima Kasih buat semua.

Bila Khalid jadi boneka


Teman tidak terperanjat dengan langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagaimana yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrhaim baru-baru ini.

Kalau melihat rentetan beberapa perkembangan yang berlaku di Selangor sejak lepas pilihan raya umum lalu, apa yang diumumkan Khalid bukan sesuatu yang luar biasa, malahan sebelum ini pelbagai lagi perkara lebih besar dibuat oleh kerajaan negeri.

Daripada ternakan babi di Sepang kepada isu penghapusan kuota 10 untuk pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara, kemudiannya kepada isu peruntukan RM10 juta kepada sekolah Cina dan Tamil seterusnya membawa kepada perlantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS itu.

Walaupun isu tersebut dilihat kecil oleh sesetengah pihak dan cuba dikaitkan sebagai perkauman, tetapi yang jelas tindakan itu tentunya bercanggah dengan tradisi yang menjadi amalam sebelum ini.

Bagi Teman keputusan yang dilakukan oleh Menteri Besar itu kerana ingin mengambil hati dan mahu mendapatkan sokongan masayarakat bukan Melayu bagi menyokong Parti Keadilan Rakyat disamping untuk memuaskan hati pihak tertentu dalam parti dan kerajaan mereka.

Khalid sentiasa bernasib baik, usaha beliau itu tidak bersendirian sebaliknya tindakan yang boleh menghakis pengaruh dan penguasaan orang Melayu itu mendapat sokongan jita dari PAS yang mempertahankan perlantikan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dilaporkan berkata, bukan bumiputera boleh dilantik kerana tidak ada undang-undang yang menetapkan jawatan tersebut dihadkan kepada bumiputera.

Kenyataan Hassan diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas, Iskandar A Samad bahawa parti itu aakan mencadangkan dua nama tokoh korporat Melayu bagi mengisi jawatan Pengurus Besar PKNS itu.

Bagi Teman, dua kenyataan daripada orang kuat PAS itu sudah cukup membuktikan mereka setuju dan merestui tindakan Khalid itu dan ianya barangkali terpaksa dilakukan demi memperkukuhkan politik masing-masing.

Apapun perkembangan itu jelas membuktikan Khalid dan rakan-rakan Melayu beliau dalam barisan Exco kerajaan negeri terpaksa membayar nilai politik semahal itu demi memperkukuhkan gabungan mereka.

Perkembangan itu juga sekaligus terbukti Khalid sebagai seorang Menteri Besar boneke sahaja.

Apapun keputusan walaupun terpaksa menyinggung perasaan anak bangsa sendiri perlu diambil kerana tuntutan rakan-rakan lain yang lebih berkuasa dalam pentadbiran politik negeri itu.

Walaupun Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, dibawah kepimpinan Abdul Shukur Idrus menyerahkan memorandum bantahan perlantikan tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tentunya Menteri Besar akan mempertahankan tindakan beliau yang disifatkan hanya bersifat sementara sahaja.

Persoalanya, apakah setiap isu yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri perlu membabitkan Sultan untuk campur tangan sedangkan adalah lebih wajar sekiranya isu seperti itu tidak terus dicetuskan dari awal lagi.

Bagi Teman, janganlah sampai setiap kali orang Melayu dan pemimpin politik Melayu terpaksa membabitkan Istana Kayangan dalam memastikan kestabilan dan penguasaan Melayu terus kekal di negeri tersebut.

Walaupun tidak ada dalam perlembagaan dan peraturan tetapi keprihatinan memelihara kepentingan orang Melayu harus dijadikan agenda utama dalam membuat sebarang keputusan.

Tidak hairanlah kalau ada bangsa lain sudah berani mempersoalkan hal Melayu kalau bangsa sendiri masih bersedia untuk bertolak ansur dalam isu-isu yang tidak sepatut digugat lagi.

Teman bukanlah mengamalkan fahaman perkauman,jauh sekali bersifat prajudis tetapi dalam isu tertentu eloklah kita tidak perlu bertolak ansur dan mengamalkan prinsip kesamarataan, kerana tidak ada banyak ruang lagi untuk orang Melayu bernaung.

Bagi Teman, kalau Melayu tak pertahan Melayu siapa lagi Tan Sri.?

Wednesday, October 29, 2008

MCA jangan main api


Nampaknya MCA sekali lagi cuba bermain api. Kenyataan Naib Presiden parti itu Datuk Liow Tiong Lai mengenai pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputara dalam syarikat senarai awam menimbulkan keadaan kurang senang masyarakat Melayu khasnya dan bumiputera amnya.

Barangkali kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan selepas parti itu baru selesai mengadakan pemilihan agung parti baru-baru ini bertujuan untuk menarik masyarakat Cina kembali kepada parti yang kononnya mampu memperjuangkan masib mereka.

Bagaimanapun kenyataan tersebut bukan sahaja melukai hati orang Melayu sebaliknya beoleh mewujudkan jurang perpaduan yang diusahakan oleh semua pihak terutama kerajaan melalui gagasan Barisan Nasional semakin jauh.

Bagi Teman kenyataan seperti itu bukan lah tidak boleh ditimbulkan , sebaliknya biarlah kena cara dan tempatnya. Tentunya mesyuarat tertinggi BN boleh dijadikan platform yang terbaik untuk menyuarakan perasaan yang tersemat dan bukan secara terbuka yang boleh menyingung rakan-rakan lain.

Isu yang ditimbulkan itu, bukan masalah parti sebaliknya yang membabitkan kepentingan rakyat keseluruhannya yang memerlukan saluran betul agar tidak menimbulkan kemarahan dan kecurigaan.

Teman bersetuju dengan pendapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad bahawa apa yang patut ditimbulkan ialah bagaimana nak memperkasakan lagi peraturan tersebut.

Sebagaimana yang didedahkan Timbalan Menteri Kesihatan itu, ada juga kes kes di mana, driver Melayu dilantik sebagai Pengarah semata-mata untuk memenuhi kouta tersebut dan gejala itu yang sepatutnya dilihat.

Menurut Dr Latif lagi, perlaksanaan peraturan tersebut harus menjadi agenda utama dan bukan usaha untuk menafikan apa yang dipersetujui dengan menimbulkan polimik baru.

Teman tabik kat Dr Latif, dalam mempertahankan prinsip perjuangan, beliau sanggup menentang bosnya sendiri di kementerian kerana Liow adalah Menteri Kesihatan.

Bagi kalangan pemimpin UMNO dalam keghairahan bersidang perwakilan bahagian dan berkempen untuk pemilihan agung parti Mac depan, isu itu tidak harus dibiar berlalu begitu sahaja.

Ketegasan dalam mempertahankan isu tersebut harus diterjemahkan dengan tindakan dan desakan.

Teman juga bersetuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang mahukan kerajaan mempertahankan hak 30 peratus itu dan menjadikan ia sebagai pentanda aras kejayaan orang Melayu di negara sendiri.

Kita tidak mahu isu tersebut terus dimainkan sesuka hati hingga boleh melukai hati orang Melayu yang boleh mencetuskan api kemarahan yang lebih besar lagi.

Biarlah kita belajar dari sejarah dan isu Datuk Ahmad Ismail, yang masih lagi baru untuk dilupakan, jangan sampai ada lagi Datuk Ahmad kedua yang akan bangun mempersoalkan perkara lain yang lebih besar.

Bagi Teman, kawan-kawan yang sebok berkempen untuk Mac depan, rehatlah sekejab bagi melihat isu yang ditimbilkan MCA itu tidak berpanjangan.

Monday, October 27, 2008

Samy Vellu masih seperti dulu


Samy Vellu masih seperti dulu, mesra dan peramah, itu yang Teman dapat simpulkan sewaktu kesempatan bertemu beliau di majlis rumah terbuka Depavali di kediaman Ketua Pemuda MIC T Mohan,di Bandar Putri, Puchong.

Agak lama juga Teman tidak bertemu dengan Datuk Seri S Samy Vellu, apa lagi selepas pilihan raya umum lalu yang membawa kepada kekalahan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput.

Tetapi tokoh lama dalam MIC itu masih bertenaga dan bersemangat seperti biasa bila bercakap mengenai politik, memandangkan majlis itu terlalu ramai yang hadir, Datuk S Samy Vellu berjanji satu hari beliau akan mengajak Teman minum- minum sambil bersembang politik.

Elok lah tu, sudah lama Teman tidak mendengar cerita, apa lagi menjelang pemilihan parti MIC yang dijangka diadakan mulai Mac tahun depan.

Dengar khabarnya, Samy Vellu akan mempertahankan jawatan beliau dan sudah bersedia menghadapi tentangan dari sesiapa sahaja.

"Saya sudah biasa dengan ini semua, sudah banyak kali kena tentang, tapi masih macam biasa juga, masyarakat India rata-rata masih menyokong saya," katanya.

Teman dijemput T Mohan ke majlis rumah terbuka itu yang meriah dan menampakkan suasana muhibah dengan kehadiran bukan sahaja masyarakat India tetapi juga Cina dan Melayu, dan ini sesuatu yang menarik sebagai bukti masyarakat pelbagai kaum boleh hidup aman dan damai dim negara kita.

T Mohan, yang baru memimpin Pemuda MIC pusat selepas pilihan raya umum lalu adalah seorang generasi muda MIC yang mempunyai masa depan cemerlang.

Sikap hormat menghormati orang ramai tanpa mengira kedudukan ada kepada anak muda yang sudah berjaya dalam perniagaan itu dan manarik juga Mohan fasih berbahasa Melayu.

Teman mengenali T Mohan sewaktu kempen pilihan raya umum lalu kerana T Mohan di pilih bertanding di DUN Sungai Tua, dalam Parlimen Gombak, walaupun nasib tidak menyebelahinya, hubungan beliau dengan pengundi DUN Batu Caves tidak habis di situ sahaja.

Sehingga kini beliau masih lagi berhubung dan bertemu dengan pengundi dan mereka yang bekerja untuk beliau dalam pilihan raya umum lalu disamping menganjurkan pelbagai program dan majlis bagi penduduk Batu Caves dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya.

Teman juga difahamkan, selepas pilihan raya lalu, majlis bantuan untuk orang miskin masih diteruskan seolah-olah beliau menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan.

Kehadiran masyarakat Batu Caves ke majlis terbuka itu juga sebagai bukti, pengundi Batu Caves masih mengingati dan menyenangi T Mohan.

Tentunya kalau di pilih sekali lagi untuk mewakili DUN Batu Caves, Mohan tidak perlu lagi bekerja kuat seperti sebelum ini, beliau akan diterima pengundi dengan mudah.

Pemimpin seperti ini perlu ada bukan sahaja dalam MIC malahan di kalangan anggota parti kompenan Barisan Nasional terutama UMNO yang semakin kurang dengan pemimpin yang rajin berdamping dengan masyarakat tanpa mengira masa.

Jangan hanya muncul menjelang musim pemilihan parti dan pilihan raya sahaja...

Sunday, October 26, 2008

Nira nipah di Menara Kuala Lumpur


Petang tadi Teman sempat menghadiri rumah terbuka aidilfitri Menara Kuala Lumpur, dan bagi Teman majlis tersebut turut mencipta sejarah tersendiri kerana satu-satunya Majlis Terbuka yang diadakan di tempat tertinggi di Kuala Lumpur.

Kalau tahun lalu majlis seperti itu dibuat di ruang legar menara, kali ini mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MKL, Datuk Zulkifkli Mohamad mahu mencipta satu lagi sejarah, majlis seumpama itu yang diadakan ditempat tertinggi di Kuala Lumpur. Sambil menjamu selesa dapat juga meninjau panorama menarik Kuala Lumpur, apabila majlis tersebut diadakan dari petang hingga ke malam, tentunya pemandangan itu indah dapat di lihat.

Teman mengenali Datuk Zul agak lama dan tahu sangat macamana anak Sungai Petani ni sentiasa gigih dan ketagih bekerja, tak hairanlah beliau bukan sahaja sering mendapat pujian tetapi, nama Menara KL mengharum ke seluruh dunia. Malahan persidangan menara -menara tertinggi di dunia juga pernah diadakan di situ.

Kegigigan bekerja dan sentiasa kreatif juga menjadikan Menara KL sentiasa menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam dan luar negara dan sudah menjadi destinasi wajib bagi pelancong India dan China.

Antara yang menarik, majlis sambutan hari raya itu diadakan kebetulan dalam usia menara yang sudah mencapai 12 tahun,ialah minuman yang dibawa khas dari Kedah yang dihasilkan melalui pokok nipah iaitu nira nipah

Barangkali minuman nira nipah yang terkenal di beberapa kawasan di Kedah seperti di Yan, Merbok dan Kuala Kedah, adalah satu-satunnya minuman seperti itu yang dihidangkan di majlis majlis di Kuala Lumpur, apalagi majlis di tempat bertaraf lima bintang seperti di Mega View Menara KL ni.

Idea dan usaha Datuk Zul ini harus dipuji kerana ia bukan sahaja memberi suasana kelainan dan unik majlis tersebut tetapi dapat mempromosi nira nipan ke kota besar Kuala Lumpur seterusnya ke peringkat antarabangsa, kerana Teman percaya anak muda di bandar hari ini tidak mengenal dan jauh sekali merasa air nira nipah.

Anak anak Teman, Nurul Atikah dan Mohd Ashfar juga tak tahu bila ditanya nira nipah dan kata mereka tak pernah mendengar, apalagi nak melihat, jauh sekali nak merasa.

Teman nak cadangkan kat Datuk Zul, jadikan nira nipah itu sebagai minuman yang mesti disediakan dalam menu makanan yang dihidangkan di majlis-majlis di Menara KL. Tentunya pelancong ke Menara KL akan membawa balik satu lagi kenangan manis di samping mampu mempertingkatan pendapatan pengusaha nira yang selama ini menganggapkannya sebagai aktiviti sampingan.

Teman masih ingat lagi macamana Tan Sri Sanusi Junid sewaktu mempromosi kelapa muda dulu, ramai orang yang tertawakan beliau, bagaimanapun idea yang dianggap sebagai pelik itu akhirnya membantu meningkatkan ekomoni pekebun kelapa hinggakan kelapa muda lebih malah daripada kelapa tua.

Tentunya air nira ini juga boleh dijadikan salah satu lagi produk pelancongan yang sekaligus mampu meningkatkan ekonomi penduduk kampong.

Kadang- kadang kita lupa benda yang kecil itu mampu melonjak dan mencetuskan idea yang besar macamana yang sedang di buat oleh Datuk Zul hari ini. Jangan berhenti kat situ Datuk.

Teman juga diberitahu, Datuk Zul juga sekarang adalah salah seorang jawatankuasa menara-menara tertinggi di dunia yang tentunya jawatan itu secara tidak langsung dapat mempromosi negara di dunia luar.

Tentunya kegigihan beliau itu jugalah yang membawa kepada perubahan besar menara KL daripada pusat pemancar TV kepada tempat tumpuan pelancong, pelbagai program disusun beliau.

Bagaimanapun dalam menyusun pelbagai program, beliau tidak pernah membelakangkan promosi produk tempatan, antaranya pesta makan durian pernah dianjurkan di situ, yang mendapat sambutan mengalakkan, pesta kacau bubuk lambok yang menjadi makanan popular bulan puasa dan pelbagai lagi yang kesemuanya mampu menarik pelancong ke Menara KL disamping mengenengahkannya dan memperkenalkan sebagai produk pelancongan.

Tentunya lepas ini banyak lagi yang Datuk Zul akan buat untuk Menara KL dan Teman harap tidak lupa juga dengan Menara Alor Star yang menjadi adik kedua Menara KL disamping Menara Taming Sari Melaka. Dalam sedar tak sedar negara kita sudah mempunyai tiga menara yang mampu mengamit pelancong.

Bagi Teman, apa yang penting, usaha gigih dan berani memcuba sahaja mampu menjanjikan kejayaan. Terima kasih juga pada Fadzil dan Mazlan kerana jemput Teman dan tahniah kerana majlis itu berjaya dan meriah.

Friday, October 24, 2008

Muka baru pimpin Gombak


Teman sempat berjumpa dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Gombak yang baru, Said Anuar Said Ahmad, di majlis hari raya Datuk Ali Rustam di Rumah Melaka Khamis lalu.

Said Anuar dipilih ke jawatan tersebut dalam pemilihan UMNO bahagian itu minggu lalu selepas berjaya mengalahkan penyandangnya Ustaz Yuszahari Muhammad Yusof yang juga bekas ADUN Gombak Setia.

Beliau juga adalah antara tiga muka baru yang dipilih untuk memimpin UMNO Gombak yang mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu, Gombak yang satu masa lalu antara kubu kuat UMNO dah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Gombak yang baru, Abdul Rahim Kamaruddin, bekas Setiusaha bahagian dan Naib Ketua, Abdul Aziz Jantan, pemimpin yang bekerja kuat dalam pilihan raya umum lalu.

Ramai pemimpin UMNO lahir dari Bahagian Gombak yang dulunya bahagian Selayang, tetapi berpecah selepas persempadanan semula kawasan Parlimen.Antaranya Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyaraham Tan Sri Ahmad Razali Ali, Tan Sri Rahidah Aziz, Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Zakaria Yahya, Datuk Saidin Tamby dan Datuk Ahmad Bahri Abdul Rahman.Tokoh tokoh ini turut mewarnai politik di peringkat Nasional.

Teman yang faham sedikit sebanyak politik Gombak, memberitahu Said Anuar kemenangan beliau bukan satu yang boleh dibanggakan tetapi sebagai tanggjungjawab besar bagi mengkukuhkan kembali UMNO bahagian untuk mengembalikan kegemilangan terutama berdepan dengan beberapa hero pembangkang yang mula bertapak di situ.

Dua tokoh pembangkang kini menguasai Gombak, iaitu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Datuk Hassan Ali ADUN Gombak Setia.

Oleh itu banyak lagi agenda yang perlu diselesaikan beliau dengan gandingan barisan kepimpinan baru selain mengukuhkan lagi barisan kepimpinan dengan tidak mengenepikan bekas pemimpin yang pernah berjasa di Gombak.

Pengalaman sebagai EXCO Pemuda UMNO sebelum ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembalikan kegemilangan bahagian kerana rakyat Gombak barangkali sudah mulai menolak UMNO gara-gara pemimpin yang bercakaran sesama sendiri.

Barangkali bagi Azmin Ali, kalau UMNO Gombak tidak berani mengubah gaya kepimpinan dan memilih bulu akan mudah bagi beliau dan rakan-rakan pembangkang untuk terus mengekalkan pengaruh mereka disitu.

Lagipun beberapa orang Gombak yang Teman temui mulai tertarik dengan kepimpinan Azmin dan rakan-rakan beliau, antaranya menjelang hari raya lalu dan sepanjang Ramadan banyak papan tanda mengucapkan selamat hari raya di pasang sehinggakan di persimpangan Masjid Amaniah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim turut di pasang .

Mungkin sewaktu itu UMNO sebuk dengan kempen hinggakan lupa untuk membuat sepertimana yang dilakukan oleh Azmin dan rakan-rakannya itu. Barangkali terlalu leka berkempen sampai lupa apa yang dibuat pembangkang itu disenangi rakyat.

Bagi Teman, harap-harap Said Anuar dan barisan kepimpinan beliau tidak akan lupa ahli bawahan kerana formula politik ni mudah, kalau kita lupa rakyat, rakyat akan lupa kita pula.

Selamat berjuang Said Anuar dan barisan kepimpinan.

Thursday, October 23, 2008

Majlis Hari Raya Datuk Ali meriah


Teman sempat menghadiri majlis hari raya Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam yang diadakan di Rumah Melaka, dekat sini petang Khamis semalam.Majlis agak meriah dengan kehadiran anak-anak Melaka yang menetap di Kuala Lumpur disamping orang politik dan rakan rakan media dari sekitar Lembah Klang.

Majlis yang sudah menjadi satu tradisi bagi Datuk Ali itu bukan sahaja dapat mengeratkan siratulrahim tetapi dapat merapatkan anak-anak Melaka dengan pemimpin dari negeri mereka. Kenal mengenali dan bertukar fikiran. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Majlis seperti itu bukan kali pertama yang sempat Teman hadir, sebelum ini juga Teman pernah ke majlis makan durian dan sepetang bersama Datuk Ali yang turut diadakan di rumah Melaka yang sentiasa tidak sunyi dengan aktiviti itu.

Kalaupun Melaka tidak jauh dari Kuala Lumpur tetapi majlis seperti itu dapat merapatkan lagi hubungan antara Melaka dengan rakan rakan di Lembah Klang dan dapat bertemu rakan-rakan lama. Usaha murni itu patut diikuti oleh negeri lain juga,apa lagi kesempatan hari baik bulan yang baik ini.

Datuk Ali dan keluarga tak senang duduk melayan tetamu termasuk kehadiran Tuan Yang DiPetuan Negeri, Tun Khalil Yaakob dan beberapa menteri kabinet, antara yang Teman berjumpa termasuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang datang bersama isteri Datin Hamidan.

Selain itu, ramai juga orang politik turut sama hadir yang bukan sahaja dari Kuala Lumpur , Selangor dan kawasan sekitarnya, ada juga Teman bertemu dengan pemimpin dari Sabah, Pahang dan Johor.

Bisik seorang rakan kepada Teman, kalau sambutan macam ni tak hairanlah Datuk Ali yang belum cukup pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, yakin dapat menambah pencalonan lagi hujung minggu ini.

Majlis hari raya bukan lah untuk berkempen, tetapi kehadiran sebegitu ramai dapat membuktikan Datuk Ali masih mendapat sokongan dan diminati ramai orang politik.

Tak hairanlah Teman nampak ada yang berbisik bisik dengan Datuk Ali, cuma Teman harap Datuk Ali tak leka dengan bisik bisik tu, sebagai orang lama dalam politik tentu beliau lebih arif.

Jangan sampai sokong bawa rebah Datuk !

Terima kasih daun keladi Datuk, lain kali ada majlis jangan lupa jemput Teman lagi..bukan senang nak jumpa Ketua Menteri yang sentiasa sebuk ni, Teman pernah menunggu lebih empat jam untuk wawancara beliau. tetapi kelebihan Datuk Ali, kalau SMS beliau tetap tak pernah mengecewakan, tetap di jawab walaupun kadang kadang agak lambat.

Tahniah buat Datuk Shah Rukh Khan


Akhirnya bintang popular bollywood, Shah Rukh Khan boleh dipanggil Datuk mulai 29 November ini apabila majlis penganugerahan tersebut akan di sempurnakan oleh Tuan Yang Utama,Yang DiPetua Negeri, Tun Khalil Yaakob.

Walaupun hasrat kerajaan negeri ini menimbulkan pelbagai pertikaian dan bantahan banyak pihak terutama daripada parti pembangkang yang sudah menjadi tugas mereka untuk membantah apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri.

Rentak pembangkang itu turut dikongsi oleh kalangan pemimpin bukan pembangkang yang barangkali turut terkilan kerana tidak bernasib baik seperti Shah Rukh Khan itu. Hinggakan ada persatuan yang begitu lantang mengkritik kerajaan negeri dan membuat pelbagai desakan.

Teman bukan lah nak sokong apa yang dibuat oleh kerajaan negeri itu, tetapi kalau difikirkan berkali-kali, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Menteri,Datuk Ali Rustam itu ada benarnya.

Penganugerah itu tidak membawa kerugian kepada kerajaan negeri sebaliknya usaha yang diilhamkan oleh Tun Daim Zainuddin itu dapat membantu mempromosi negeri Melaka sebagai destinasi tarikan pelancong antarabangsa.

Seperti kata Datuk Ali, filem bollywood sudah mula melampaui sempadan, peminatnya seluruh dunia dan tentunya sedikit sebanyak mampu mempromosi Melaka di peringkat antarabangsa apa lagi bila pengembaraan filem lakonan Shah Rukh Khan itu akan dibuat di negeri ini.

Selain itu penganugerahan itu juga sebagai tanda terima kasih atas promosi yang dibuat melalui beberapa filem lakonan Shah Rukh Khan yang pernah diadakan pengembaraan di negeri Hang Tuah itu sebelum ini.

Dengan penganugerahan itu juga, selepas ini Melaka akan terus popular dan dikenali ramai.

Teman nak ucap tahniah kat Datuk Ali kerana tegas dengan keputusan yang dibuat dan tidak mudah tunduk dengan desakan dan kritikan mereka yang kadang-kadang terlalu sempit pemikirannya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang terkenal dengan kritikan tajam, juga bersetuju dengan langkah kerajaan negeri itu dan melahirkan rasa sedih dan malu dengan mereka yang mengecam kerajaan Melaka dalam isu penganugerah itu.

Seperti kata Tun Mahathir lagi, sumbangan Shah Rukh Khan itu lebih besar berbanding dengan tokoh lain dari luar negara yang turut diberi penganugerahan sedemikian oleh beberapa negeri sebelum ini.

Jean Tods, CEO Scuderia Ferrrari,teman lelaki kepada pelakon Datuk Michelle Yeoh, tokoh Formula One juga turut mendapat penganugerahan sedemikian dari negeri Terangganu.

Selepas ni, Teman cadangkan pula Pinang Pinang anugerahkan Datuk kepada Jackie Chan untuk promosi Pulau Mutiara itu dan panggil dia membuat pengembaraan di Pulau Mutiara itu.Pulau Pinang tak kurang tempat menarik, dari Feri ke Jambatan Pulau Pinang dan Bukit Bendera ke Batu Ferreggi.

Cuma Teman terkilan pasal tahun ini tak leh nak mengucapkan tahniah pada Datuk Datuk baru dari Melaka kerana tahun ini tidak ada anugerah untuk pemimpin politik takut melanggar etika pemilihan UMNO.

Shahrizat masih tunggu Rafidah


Teman sempat berkunjung ke rumah Datuk Seri Shahrizat Jalil malam tadi dengan penulis Politik The Malay Mail, saudara Zainal Epi. Ramai juga yang datang ke rumah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri itu.

Ada tokoh korporat, ada orang politik di majlis yang sederhana tetapi meriah itu, Datuk Dr Tengku Retdhwan Tengku Mansor, bos lama Teman bersama isteri, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafigue juga turut kelihatan.

Dalam suasana kemeriahan melayan tetamu, Teman sempat berbual dengan Datuk Shahrizat atau Teman lebih selesa memanggil Kak Izat saja, mengenai politik dan pencalonan yang beliau perolehi untuk jawatan Ketua Wanita UMNO yang sehingga kini sudahpun melepasi syarat kelayakan bertanding.

Seperti biasa, Kak Izat tidak begitu ghairah dengan pencalonan yang diperolehi, tetapi tetap berterima kasih kepada bahagian-bahagian yang mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Katanya, beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai jawatan tersebut kerana ingin menunggu pendirian Ketuanya dulu, Tan Sri Rafidah Aziz disamping masih berlalu awal untuk mengulas perkembangan itu.

Katanya, apabila sampai masanya nanti beliau akan membuat pengumuman dan ingin melihat proses pencalonan yang masih berjalan.

Sebelum meninggalkan majlis Teman sempat membisik kat Kak Izat "Jangan tunggu lama-lama Kak, orang dah mula mau tengok Kak Izat pimpin Wanita UMNO." Tetapi beliau tidak mengulas sekadar tersenyum kepada Teman.

Terima Kasih juga kat Datuk Salleh Ismail, suami Kak Izat, dalam sebuk dok layan kawan-kawan,sempat juga dok berbual dengan Teman dan Saudara Zainal Epi. Seperti biasa Datuk Salleh tak mau cakap pasal politik.

"Kalau nak cakap pasal Institut Jantung Negara boleh, saya bukan orang politik" katanya yang juga Pengerusi IJN sekarang.

Kami meninggalkan rumah Kak Ijat dalam pukul 10 malam, tetapi masih ramai yang berkunjung. Kak Izat masih seperti dulu, disenangi, diminati dan dihormati.

Datuk Jo tak tidur gara-gara banjir


Teman juga sempat jumpa dengan Ahli Perlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum atau orang Kubang Pasu panggil dia Cikgu Jo. Sempat juga teman ceritakan kepada beliau luahan pengundi Kampong Wang Tepus, yang kebetulan Kampong Teman,yang rindu sangat dengan wakil rakyat mereka yang tak pernah tengok muka selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut Mak Teh, isteri imam Masjid Wang Tepus, orang kuat yang jadi ketua kumpulan 10 perayu undi, lepas pilihanraya lalu Cik gu Jo, tak pernah datang pun ke Wang Tepus..rindu juga, jadi mereka minta Teman sampaikan pada Cikgu Jo, jadi nak menunaikan tanggungjawab, kesempatan berjumpa Cikgu Jo yang dah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, teman ceritalah luhanan mereka.

Bagi Cikgu Jo, dia ucap terima kasih kat pengundi di Wang Tepus itu, katanya itu tanda mereka masih ingat kat dia, tapi menurut Cik gu Jo, dia selalu juga jengok jengok kampong Teman itu, cuma kadang-kadang dia datang sendiri, pandu kereta sendiri, nak tinjau masalah rakyat, kadang-kadang tu malam pun dia bawa kereta pusing pusing

Macam-macam juga yang dia jumpa masalah, ada masalah yang disampaikan terus kepada pegawai dia untuk tindakan susulan dan tak kurang juga ada yang diminta pegawai kerajaan di peringkat daerah jengok-jengok masalah mereka.

Bagaimanapun bagi Cikgu Jo, dia lebih senang buat tinjauan senyap-senyap kerana lebih mudah untuk mengetahui masalah rakyat, tak perlu publisiti. Tetapi dalam keadaan tertentu yang memerlukan kehadirannya, dia akan muncul.

"Saya baru sampai dari Alor Star pagi tadi, terus ke pejabat dan sambung pula ke Parlimen pasai p tengok banjir kat Kubang Pasu, dalam waktu macam ni saya dengar berita sahaja, saya sampai.

"Saya sempat juga p tengok kat kampong Wang Tepus dan bantu setakat yang boleh, saya ingat kat mereka semua."katanya.

Bila penulis dengar penjelasan itu, senang juga hari pasai Cikgu Jo masih tak lupa lawat kawasan walaupun sebok dengan kerja-kerja di Kuala Lumpur.

Terima Kasih Cikgu Johari, pasai tu kot dia boleh menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Jadi hasrat cikgu Jo nak bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO kenalah pakat-pakat tolong dia.

Sebelum di lantik sebagai Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Cikgu Jo pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sebelum itu beliau adalah Setiausaha Politik kepada dua Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan pengalaman dan kesempatan berguru dengan kedua dua pemimpin utama negara sudah tentu dapat dimanfaatkan jika beliau turut dipilih berada barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Lagipun UMNO Kedah turut merestui Cikgu Jo sebagai salah seorang calon negeri itu bertanding kerusi tersebut.

Wednesday, October 22, 2008

sembang sembang di kantin parlimen

Semalam teman sempat singgah di kantin VIP Parlimen, ramai juga dapat jumpa kawan kawan lama dan cerita juga cerita lama, pasal demam persidangan perwakilan UMNO bahagian yang berlangsung dan pencalonan untuk jawatan bagi pemilihan Agung parti Mac depan yang tidak kurang hebatnya.

Jumpa Pak Non, anak Kedah yang kini sudah menjadi Ketua UMNO Cawangan, Jalan Raja Bot, Chow Kit menarik juga. Menurut Pak Non yang ramai kenalan politik peringkat pusat memberitahu, mereka ini sedang pening kepala kerana nak dapat undi bukan mudah, nak dapat pencalonan lagi teruk...semuanya gara-gara "Nak luhur salah, tyak hulur kalah.

Menurut Pak Non, ada juga memimpin yang baik hati suka 'gugur' kat kawan-kawan, tetapi sekarang jadi takut, kalau kawan-kawan yang nak "gugur" tu dah jadi menantau yang dilantik oleh ibu pejabat parti.

"Tersilap "gugur" umur pendek. tak gugur payah juga, nanti tak ada kawan-kawan yang dapat sambung nyawa pula. Tambah Pak Non lagi, kalau macam ini bukan senang nak senang..lagipun kempen panjang lagi.