Thursday, October 23, 2008

Tahniah buat Datuk Shah Rukh Khan


Akhirnya bintang popular bollywood, Shah Rukh Khan boleh dipanggil Datuk mulai 29 November ini apabila majlis penganugerahan tersebut akan di sempurnakan oleh Tuan Yang Utama,Yang DiPetua Negeri, Tun Khalil Yaakob.

Walaupun hasrat kerajaan negeri ini menimbulkan pelbagai pertikaian dan bantahan banyak pihak terutama daripada parti pembangkang yang sudah menjadi tugas mereka untuk membantah apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri.

Rentak pembangkang itu turut dikongsi oleh kalangan pemimpin bukan pembangkang yang barangkali turut terkilan kerana tidak bernasib baik seperti Shah Rukh Khan itu. Hinggakan ada persatuan yang begitu lantang mengkritik kerajaan negeri dan membuat pelbagai desakan.

Teman bukan lah nak sokong apa yang dibuat oleh kerajaan negeri itu, tetapi kalau difikirkan berkali-kali, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Menteri,Datuk Ali Rustam itu ada benarnya.

Penganugerah itu tidak membawa kerugian kepada kerajaan negeri sebaliknya usaha yang diilhamkan oleh Tun Daim Zainuddin itu dapat membantu mempromosi negeri Melaka sebagai destinasi tarikan pelancong antarabangsa.

Seperti kata Datuk Ali, filem bollywood sudah mula melampaui sempadan, peminatnya seluruh dunia dan tentunya sedikit sebanyak mampu mempromosi Melaka di peringkat antarabangsa apa lagi bila pengembaraan filem lakonan Shah Rukh Khan itu akan dibuat di negeri ini.

Selain itu penganugerahan itu juga sebagai tanda terima kasih atas promosi yang dibuat melalui beberapa filem lakonan Shah Rukh Khan yang pernah diadakan pengembaraan di negeri Hang Tuah itu sebelum ini.

Dengan penganugerahan itu juga, selepas ini Melaka akan terus popular dan dikenali ramai.

Teman nak ucap tahniah kat Datuk Ali kerana tegas dengan keputusan yang dibuat dan tidak mudah tunduk dengan desakan dan kritikan mereka yang kadang-kadang terlalu sempit pemikirannya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang terkenal dengan kritikan tajam, juga bersetuju dengan langkah kerajaan negeri itu dan melahirkan rasa sedih dan malu dengan mereka yang mengecam kerajaan Melaka dalam isu penganugerah itu.

Seperti kata Tun Mahathir lagi, sumbangan Shah Rukh Khan itu lebih besar berbanding dengan tokoh lain dari luar negara yang turut diberi penganugerahan sedemikian oleh beberapa negeri sebelum ini.

Jean Tods, CEO Scuderia Ferrrari,teman lelaki kepada pelakon Datuk Michelle Yeoh, tokoh Formula One juga turut mendapat penganugerahan sedemikian dari negeri Terangganu.

Selepas ni, Teman cadangkan pula Pinang Pinang anugerahkan Datuk kepada Jackie Chan untuk promosi Pulau Mutiara itu dan panggil dia membuat pengembaraan di Pulau Mutiara itu.Pulau Pinang tak kurang tempat menarik, dari Feri ke Jambatan Pulau Pinang dan Bukit Bendera ke Batu Ferreggi.

Cuma Teman terkilan pasal tahun ini tak leh nak mengucapkan tahniah pada Datuk Datuk baru dari Melaka kerana tahun ini tidak ada anugerah untuk pemimpin politik takut melanggar etika pemilihan UMNO.

2 comments:

ruff said...

"bantahan banyak pihak terutama daripada parti pembangkang yang sudah menjadi tugas mereka untuk MEMBANTAH apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri"
yea.. saya setuju!!

Ashraf :) said...

bantahan banyak pihak terutama daripada parti pembangkang yang sudah menjadi tugas mereka untuk MEMBANTAH apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri"
yea.. saya setuju!!