Friday, October 24, 2008

Muka baru pimpin Gombak


Teman sempat berjumpa dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Gombak yang baru, Said Anuar Said Ahmad, di majlis hari raya Datuk Ali Rustam di Rumah Melaka Khamis lalu.

Said Anuar dipilih ke jawatan tersebut dalam pemilihan UMNO bahagian itu minggu lalu selepas berjaya mengalahkan penyandangnya Ustaz Yuszahari Muhammad Yusof yang juga bekas ADUN Gombak Setia.

Beliau juga adalah antara tiga muka baru yang dipilih untuk memimpin UMNO Gombak yang mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu, Gombak yang satu masa lalu antara kubu kuat UMNO dah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Gombak yang baru, Abdul Rahim Kamaruddin, bekas Setiusaha bahagian dan Naib Ketua, Abdul Aziz Jantan, pemimpin yang bekerja kuat dalam pilihan raya umum lalu.

Ramai pemimpin UMNO lahir dari Bahagian Gombak yang dulunya bahagian Selayang, tetapi berpecah selepas persempadanan semula kawasan Parlimen.Antaranya Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyaraham Tan Sri Ahmad Razali Ali, Tan Sri Rahidah Aziz, Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Zakaria Yahya, Datuk Saidin Tamby dan Datuk Ahmad Bahri Abdul Rahman.Tokoh tokoh ini turut mewarnai politik di peringkat Nasional.

Teman yang faham sedikit sebanyak politik Gombak, memberitahu Said Anuar kemenangan beliau bukan satu yang boleh dibanggakan tetapi sebagai tanggjungjawab besar bagi mengkukuhkan kembali UMNO bahagian untuk mengembalikan kegemilangan terutama berdepan dengan beberapa hero pembangkang yang mula bertapak di situ.

Dua tokoh pembangkang kini menguasai Gombak, iaitu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Datuk Hassan Ali ADUN Gombak Setia.

Oleh itu banyak lagi agenda yang perlu diselesaikan beliau dengan gandingan barisan kepimpinan baru selain mengukuhkan lagi barisan kepimpinan dengan tidak mengenepikan bekas pemimpin yang pernah berjasa di Gombak.

Pengalaman sebagai EXCO Pemuda UMNO sebelum ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembalikan kegemilangan bahagian kerana rakyat Gombak barangkali sudah mulai menolak UMNO gara-gara pemimpin yang bercakaran sesama sendiri.

Barangkali bagi Azmin Ali, kalau UMNO Gombak tidak berani mengubah gaya kepimpinan dan memilih bulu akan mudah bagi beliau dan rakan-rakan pembangkang untuk terus mengekalkan pengaruh mereka disitu.

Lagipun beberapa orang Gombak yang Teman temui mulai tertarik dengan kepimpinan Azmin dan rakan-rakan beliau, antaranya menjelang hari raya lalu dan sepanjang Ramadan banyak papan tanda mengucapkan selamat hari raya di pasang sehinggakan di persimpangan Masjid Amaniah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim turut di pasang .

Mungkin sewaktu itu UMNO sebuk dengan kempen hinggakan lupa untuk membuat sepertimana yang dilakukan oleh Azmin dan rakan-rakannya itu. Barangkali terlalu leka berkempen sampai lupa apa yang dibuat pembangkang itu disenangi rakyat.

Bagi Teman, harap-harap Said Anuar dan barisan kepimpinan beliau tidak akan lupa ahli bawahan kerana formula politik ni mudah, kalau kita lupa rakyat, rakyat akan lupa kita pula.

Selamat berjuang Said Anuar dan barisan kepimpinan.

2 comments:

norzamanyahya said...

Terima kasih kepada Teman kerana memberi perhatian kepada kawan-kawan di Gombak..Kawasan yang menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat, bertambah popular lagi ramai pemimpin kanan Pakatan Rakyat berkubu di Gombak ..
Sama-sama kita perhatikan kawan-kawan kita yang menang di peringkat pemilahan parti baru-baru ini, dengan Slogan `Kami Mahu Pemimpin Muda` semoga pemimpin muda ini akan melunaskan tanggung jawab mereka terhadap ahli UMNO dan memikat seta memenangi hati rakyat yang dah semakin bosan dengab perangai orang UMNO.
Tidak ada faedah nya kalau setakat menang kerusi dalam parti tapi tewas pilhanraya.
Wassalam.

BAHA AZUWAN said...

Terima kasih kerana sudi singgah beri komen kat Teman. Dalam nak pastikan pemimpin yang terpilih itu tidak leka dan 'lupa diri' marilah kita sama-sama jadi mata dan telinga untuk menegur mereka.
Pemimpin yang mulia adalah mereka yang sedia ditegur dan tak makan ampu. Zaman ampu-ampu ni dah berakhir. Sekarang zaman nak bekerja .. tak gitu?