Thursday, October 23, 2008

Shahrizat masih tunggu Rafidah


Teman sempat berkunjung ke rumah Datuk Seri Shahrizat Jalil malam tadi dengan penulis Politik The Malay Mail, saudara Zainal Epi. Ramai juga yang datang ke rumah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri itu.

Ada tokoh korporat, ada orang politik di majlis yang sederhana tetapi meriah itu, Datuk Dr Tengku Retdhwan Tengku Mansor, bos lama Teman bersama isteri, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafigue juga turut kelihatan.

Dalam suasana kemeriahan melayan tetamu, Teman sempat berbual dengan Datuk Shahrizat atau Teman lebih selesa memanggil Kak Izat saja, mengenai politik dan pencalonan yang beliau perolehi untuk jawatan Ketua Wanita UMNO yang sehingga kini sudahpun melepasi syarat kelayakan bertanding.

Seperti biasa, Kak Izat tidak begitu ghairah dengan pencalonan yang diperolehi, tetapi tetap berterima kasih kepada bahagian-bahagian yang mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Katanya, beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai jawatan tersebut kerana ingin menunggu pendirian Ketuanya dulu, Tan Sri Rafidah Aziz disamping masih berlalu awal untuk mengulas perkembangan itu.

Katanya, apabila sampai masanya nanti beliau akan membuat pengumuman dan ingin melihat proses pencalonan yang masih berjalan.

Sebelum meninggalkan majlis Teman sempat membisik kat Kak Izat "Jangan tunggu lama-lama Kak, orang dah mula mau tengok Kak Izat pimpin Wanita UMNO." Tetapi beliau tidak mengulas sekadar tersenyum kepada Teman.

Terima Kasih juga kat Datuk Salleh Ismail, suami Kak Izat, dalam sebuk dok layan kawan-kawan,sempat juga dok berbual dengan Teman dan Saudara Zainal Epi. Seperti biasa Datuk Salleh tak mau cakap pasal politik.

"Kalau nak cakap pasal Institut Jantung Negara boleh, saya bukan orang politik" katanya yang juga Pengerusi IJN sekarang.

Kami meninggalkan rumah Kak Ijat dalam pukul 10 malam, tetapi masih ramai yang berkunjung. Kak Izat masih seperti dulu, disenangi, diminati dan dihormati.

No comments: