Wednesday, October 29, 2008

MCA jangan main api


Nampaknya MCA sekali lagi cuba bermain api. Kenyataan Naib Presiden parti itu Datuk Liow Tiong Lai mengenai pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputara dalam syarikat senarai awam menimbulkan keadaan kurang senang masyarakat Melayu khasnya dan bumiputera amnya.

Barangkali kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan selepas parti itu baru selesai mengadakan pemilihan agung parti baru-baru ini bertujuan untuk menarik masyarakat Cina kembali kepada parti yang kononnya mampu memperjuangkan masib mereka.

Bagaimanapun kenyataan tersebut bukan sahaja melukai hati orang Melayu sebaliknya beoleh mewujudkan jurang perpaduan yang diusahakan oleh semua pihak terutama kerajaan melalui gagasan Barisan Nasional semakin jauh.

Bagi Teman kenyataan seperti itu bukan lah tidak boleh ditimbulkan , sebaliknya biarlah kena cara dan tempatnya. Tentunya mesyuarat tertinggi BN boleh dijadikan platform yang terbaik untuk menyuarakan perasaan yang tersemat dan bukan secara terbuka yang boleh menyingung rakan-rakan lain.

Isu yang ditimbulkan itu, bukan masalah parti sebaliknya yang membabitkan kepentingan rakyat keseluruhannya yang memerlukan saluran betul agar tidak menimbulkan kemarahan dan kecurigaan.

Teman bersetuju dengan pendapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad bahawa apa yang patut ditimbulkan ialah bagaimana nak memperkasakan lagi peraturan tersebut.

Sebagaimana yang didedahkan Timbalan Menteri Kesihatan itu, ada juga kes kes di mana, driver Melayu dilantik sebagai Pengarah semata-mata untuk memenuhi kouta tersebut dan gejala itu yang sepatutnya dilihat.

Menurut Dr Latif lagi, perlaksanaan peraturan tersebut harus menjadi agenda utama dan bukan usaha untuk menafikan apa yang dipersetujui dengan menimbulkan polimik baru.

Teman tabik kat Dr Latif, dalam mempertahankan prinsip perjuangan, beliau sanggup menentang bosnya sendiri di kementerian kerana Liow adalah Menteri Kesihatan.

Bagi kalangan pemimpin UMNO dalam keghairahan bersidang perwakilan bahagian dan berkempen untuk pemilihan agung parti Mac depan, isu itu tidak harus dibiar berlalu begitu sahaja.

Ketegasan dalam mempertahankan isu tersebut harus diterjemahkan dengan tindakan dan desakan.

Teman juga bersetuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang mahukan kerajaan mempertahankan hak 30 peratus itu dan menjadikan ia sebagai pentanda aras kejayaan orang Melayu di negara sendiri.

Kita tidak mahu isu tersebut terus dimainkan sesuka hati hingga boleh melukai hati orang Melayu yang boleh mencetuskan api kemarahan yang lebih besar lagi.

Biarlah kita belajar dari sejarah dan isu Datuk Ahmad Ismail, yang masih lagi baru untuk dilupakan, jangan sampai ada lagi Datuk Ahmad kedua yang akan bangun mempersoalkan perkara lain yang lebih besar.

Bagi Teman, kawan-kawan yang sebok berkempen untuk Mac depan, rehatlah sekejab bagi melihat isu yang ditimbilkan MCA itu tidak berpanjangan.