Pagi ni teman membuka laman berita di internet dan tidak terkecuali dengan Agendadaily, yang dikendalikan beberapa sahabat Teman yang gigih dan berani. Teman tertarik dengan satu berita ekoran isu penyebaran gambar bogel Exco Selangor, Elizaberth Wong. Tapi bukan pasal berita tu, cuma pasai bos Elizaberth, Datuk Seri Anwar Ibrahim bila berdepan dengan media mengenai isu tersebut.

Nasib sahabat sahabat Teman ni kurang baik kerana asyik menjadi sasaran pembangkang terutama Anwar Ibrahim sendiri mengenai setiap berita yang disiarkan. Ada agendalah, jadi barua UMNO, berniat jahat dan sebagainya.

Bagi Teman, apapun, tuduhan dan dakwaan itu sekadar untuk menutup kelemahan 'mereka' yang kena balon dalam laman berita tersebut, kerana Teman amat percaya sabahat-sahabat Teman itu lebih mengenali Anwar Ibrahim kerana kami sama-sama mengharumi pengalaman sewaktu Anwar sebelum menyertai UMNO kepada beliau diangkat menjadi menteri hinggakan kepada Timbalan Perdana Menteri dan di humban keluar kerajaan dan kini menjadi hero kepada pembangkang. (Sehingga menjadi kalam kabut parti pembangkang sepertimana yang diakui sendiri oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh).

Oleh itu, marilah kita sama-sama membaca dan merenung sejenak apa yang tersirat disebalik berita ni...

Dalam politik inilah yang dipanggil “bola tanggong”.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya marah betul kepada Agendadaily kerana menyiarkan gambar ADUN PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong berdiri ‘ terlalu rapat’ dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu majlis.

Ini diluahkannya semasa menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen petang Selasa mengenai langkah Wong tawar diri untuk letak jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN serentak.

Bagi Ketua pembangkang yang petah bercakap itu ia satu kerja jahat untuk menghina dan mengaibkan orang.

Katanya,“Menteri Besar beritahu, dia beri ruang kepada Eli (Elizabeth) yang tentunya sebagai manusia biasa mendapat tekanan kuat termasuk beberapa web site yang cuba menghina beliau terus. Saya perhatikan dalam web site Agendadaily yang cuba mempermainkan seolah-olah ada gambar-gambar kurang baik YB Eli dengan Tan Sri Khalid,”

"Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan,” katanya.

Apabila wartawan Agendadaily bertanya Anwar apakah kemungkinan gambar Wong yang berbogel itu dirakam oleh ahli PKR dan mereka yang rapat dengan wanita itu, beliau menjawab,.”Saya tak tahu, saya tak mahu campur, sesiapa yang ambil kerja ni kerja jahat, siapa yang edar kerja ni kerja yang aibkan orang..jadi saya tak tahu,”.

Kemudiannya ketika ditanya apa buktinya isu ini didalangi UMNO atau BN, Anwar yang sudah mengecam wartawan Agendadaily yang bertanya soalan itu terus menjawab dengan nada semakin marah.

Katanya, “"Buktinya Agendadaily yang mainkan gambar Eli Exco duduk bersendeng-sendeng dengan MB..Anda fikir itu bermoral? Itu jawapan saya. Kalau nak boleh report saya. Kalau nak serang saya boleh sambung. Terima kasih. Ada soalan lain".

“Kalau kerja macam tu nak buat, nak suruh saya jawab. Terima kasih banyak, ada soalan lain?,” tegas beliau penuh berang.

Beliau terus enggan menjawab soalan apabila wartawan Agendadaily mahu penjelasan lanjut jawapannya itu.

Sementara itu Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi untuk mengulas gelagat Anwar berkata, pembangkang tidak boleh menunding jari menuduh kerajaan, BN atau UMNO mahupun web site bagi menutup kelemahan mereka.

“Sebelum inipun mereka di Selangor sentiasa salahkan saya. Ini tak ada kena mengena dengan kerajaan, BN atau UMNO. Saya nak tanya, siapa boy friend Elizabeth, orang UMNO atau orang PKR,” katanya.

Menurutnya, web site pembangkang sebelum ini menyiarkan macam-macam gambar pemimpin kerajaan mahupun UMNO tetapi kenapa melenting jika mereka yang terkena.

Beliau tidak menolak perkara ini berpunca masalah dalaman parti itu dan mungkin ada mencetuskannya kerana mahu mengambil alih jawatan Wong sebagai Exco.




SEBAGAI CATATAN: harap-harap Datuk Seri Anwar tidak mudah lupa.Orang kanan Datuk Seri yakni YB Tian Chua iaitu Ketua Penerangan PKR pernah bikin gempar membuat lakaran gambar superimpose Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama model Mongolia yang mati dibunuh di Malaysia ,Altanyuya serta Abdul Razak Baginda.

Semua orang faham apa tujuan disebaliknya.

YB Tian Chua sendiri mengaku beliau yang lakar gambar itu.Lakaran ini yang mulanya disiarkan dalam laman blognya kemudianya disiar dalam berbagai laman web dan blog setelah ia menjadi isu kontroversi.

Hairan juga kenapa waktu itu sebagai bosnya, Datuk Seri tak maki hamun YB Tian Chua kata,” apa ini kamu bikin kerja celaka mau aibkan orang main-main macam ini.”

Oopps lupa…sudah ada undang-undang tak bertulis di negara ini yang menetapkan apa saja tomahan dan fitnah yang PKR dan pembangkang buat sentiasa suci bersih murni.

Untuk pengetahuan Datuk Seri gambar Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid itu adalah gambar original dirakam sewaktu satu majlis baru-baru ini.

Ia adalah kiriman seorang pembaca menerusi email kepada Agendadaily yang merasakan gambar berkenaan ada ‘nilai berita’ dalam kontek isu Elizabeth Wong sekarang.

Setelah pihak kami yakin ia gambar original dan bukan lakaran atau superimpose barulah ia disiarkan.

Soal samada penyiaran gambar itu bertujuan nak aibkan Elizabeth Wong atau Tan Sri Khalid itu Datuk Seri kenalah minta pandangan YB Tian Chua.Bukankah beliau pakar dalam bab-bab ini -