Saturday, February 14, 2009

Dah dasar pembangkang


Bila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Patlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau ditetapkan pada 7 April dan penamaan calon pula 29 Mac depan, Teman dah agak kalangan panglima perang pembangkang tidak suka.


Bagi mereka, apa sahaja yang dibuat, tarikh bila yang dipilih, tentu pelbagai alasan diberi untuk mempersoalkan Suruhanjaya tersebut seolah-olah hanya mereka sahaja membuat benda yang betul dan apa yang orang lain buat dah tak betul.


Bagi Penasihat Umum, Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dan bekas bakal Perdana Menteri yang tak jadi 16 September tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mendakwa Tan Sri Aziz menjadi kuda tunggang Barisan Nasional kerana memilih tarikh tersebut.


Begitu juga dengan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa pula menuduh SPR sebagai alat UMNO kerana memilih tarikh tersebut.


Bagi Teman, tak perlulah panglima panglima perang Pakatan Rakyat tu nak melatah dan heboh dengan macam-macam tuduhan kepada SPR.


Dulu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Teman dengan geng-geng ni heboh dengan isu pengundi hantu dan sebagainya sehingga berpeluh Pengerusi SPR sewaktu Tan Sri Rashid Abdul Rahman nak menjelaskan kepada rakyat.


Tetapi selepas keputusan pilihan raya yang memihak kepada mereka, isu itu diam macam tu sahaja. Sepatutnya kalau sebelum penamaan calon lagi dah heboh dengan pengundi hantu, lepas pilihan raya pun, isu itu perlu dipanjangkan. Bukan dibiarkan berkubur begitu sahaja.


Kali ni pula bila SPR pilih tarikh pilhanraya yang agak panjang, mereka kata pula dengan macam-macam tuduhan, barangkali kalau SPR pilih minggu depan tarikh pilihanraya pun mereka masih tak puashati.


Hanya yang boleh memuaskan hati mereka hanya sebelum SPR nak pilih tarikh, kena tanya Anwar dan Karpal Singh sahaja, anggota keselamatan dan faktor persiapan lain tak payah nak ambil kira.


Bagi Teman, nak buat macamana dah kerja pembangkang dah tak ada kerja lain, asyik membangkang sahaja hinggakan sekarang mereka semakin berani , Sultan pun dah nak dibangkang sekiranya keputusan yang dibuat tidak menguntungkan parti mereka.


Teman teringat cerita bangau oh bangua yang hanya nak menyalahkan orang sahaja..

No comments: