Saturday, February 14, 2009

Shabery setuju tanding MT.


Sewaktu Majlis Hari Raya Kementerian Penerangan hujung tahun lalu, Teman sempat bertemu dengan Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan bertanyakan beliau sama ada akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO Mac depan.


Shabery yang juga sahabat lama Teman tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya memberitahu tumpuan beliau hanya untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan di Kementeriannya sekarang.


Tetapi sebelum meninggalkan majlis tersebut, Teman ada membisik kepadanya agar turut serta menawar diri bertanding bagi bersama-sama membantu kepimpinan bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi juga dalam parti.


Hari ini, Teman baca laporan berita Bernama mengenai hasrat tokoh muda dari negeri Terengganu itu...



KUALA TERENGGANU: Setelah mengambil masa agak lama memikirkan pencalonanya sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, akhirnya Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.Beliau yang juga Anggota Parlimen Kemaman serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman berkata hasrat untuk bertanding bagi jawatan itu agak lewat diumumkan berbanding calon-calon lain memandangkan beliau perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan."Di peringkat awal dulu saya terlibat dalam program mengajak akar umbi seluruh negara untuk memahami beberapa dasar kerajaan dan untuk memahami pemikiran kepimpinan di peringkat pusat.Jadi pada masa itu, saya tidak mahu disalah ertikan tindakan saya sebagai Menteri Penerangan menemui lebih 15,000 orang pemimpin akar umbi dan ada di antaranya merupakan aktivis Umno. Saya tidak mahu dianggap program yang saya lakukan itu adalah berkempen bagi saya.Sebab saya secara ikhlas untuk mengukuhkan rakyat supaya memahami apa jua dasar yang dilakukan oleh kerajaan terutama selepas pilihan raya umum dan semasa isu harga minyak dan kemelesetan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan mengenai penstrukturan RTM: Persediaan Menghadapi Dunia Penyiaran Era Digital di sini, Sabtu.Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Rancangan TV, RTM Datuk Norhyati Ismail dan Pengurus Besar Bernama Hasnul Hassan.Ahmad Shabery berkata, pada mulanya beliau tidak terlalu ghairah untuk bertanding merebut jawatan tersebut memandangkan beliau memikul tangggungjawab yang besar sebagai Menteri Penerangan.Namun setelah menerima lebih 100 pencalonan daripada Umno Bahagian di seluruh negara yang memintanya bertanding bagi jawatan itu, beliau merasakan adalah wajar untuk menawarkan diri bagi menghormati kepercayaan yang diberikan itu."Saya dapat lebih 100 pencalonan iaitu lebih separuh daripada bahagian Umno di seluruh negara dan saya menganggap adalah tidak wajar setelah diberikan kepercayaan sebegitu rupa saya masih lagi dilihat tidak mahu menawarkan diri berkhidmat dengan Umno...tentulah nanti saya dianggap sombong dalam soal ini."Jadi sebagai menyahut kepercayaan yang telah diberikan kepada saya, jadi saya menyatakan bahawa saya akan bertanding dalam pemilihan peringkat Anggota Majlis Tertinggi," katanya.Katanya kelewatan pengumuman itu juga disebabkan beliau menghormati dan memberi laluan untuk Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang juga ketua Umno Bahagian Kemaman bertanding bagi jawatan tersebut.Bagaimanapun Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tidak mahu bertanding dan memberi restunya sebagai Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri untuk Ahmad Shabery bertanding pada pemilihan nanti.Sebelum itu pada majlis tersebut hasrat untuk Ahmad Shabery bertanding pada pemilihan jawatan itu diumumkan Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Rosli Mat Hassan.Rosli berkata, Umno negeri menyokong penuh penawaran itu dan turut mencadangkan kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan satu majlis pengenalan untuk calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan itu kepada perwakilan dari Terengganu pada 5 dan 6 Mac.- Petikan Bernama.


Teman kagum dengan Sahabat Teman ni yang berani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama dulu..Selamat bertanding Datuk .

No comments: