Thursday, February 12, 2009

Kembali temui pembaca...macam macam ada


Maaf, lama benar Teman tak temui pembaca, ramai juga rakan-rakan yang bertanya khabar apa dah jadi, sebenarnya tak ada apa yang jadi cuma banyak buat keja tak jadi aja, jadi terpaksalah tumpu banyak sikit masa untuk jadikan keja yang tak jadi tu.

Insallah Teman akan kembali seperti biasa dengan pandangan yang biasa dalam melihat perkembangan yang politik tanahair kita kebelakangan ini yang banyak luar biasanya. Biasalah dalam politik macam-macam boleh jadi.

Datuk Seri Nizar cuma sempat jadi Menteri Besar tak sampai satu tahun dan sehingga hari ini, dia masih lagi berkampong di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Tambun. Teman sempat juga mengikuti perkembangan apa yang berlaku di negeri Perak itu.

Sewaktu dia tiga hari berkampong di Ipoh, Teman sempat juga mengikuti beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat yang berhempas pulas mempertahankan kerajaan negeri yang terjatuh kepada Barisan Nasional yang menobatkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Tahniah buat Bro Dr Zambry. Lepas ni keja keja kuat Dr.

Gagasan 'kerajaan lompat" yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui misi 169 akhirnya terkena pada diri sendiri dan yang menyedihkan peristiwa itu bukan sahaja membabitkan parti politik malahan turut mengheret pihak istana dalam kencah yang tak sepatutnya.

Peristiwa itu turut melahirkan jaguh Melayu yang sudah berani berhaka kepada Sultan, sanggup melempar batu ke kenderaan Sultan, menghalang kenderaan Sultan dan sebagainya dan paling menyedihkan peristiwa itu berlaku sebaik sahaja selepas solat Jumaat. Apa sudah jadi.

Begitu juga juga sewaktu Teman berada dalam kawasan tugu kebal Nizar yang dikawal oleh panglima yang berpakaian T Shirt merah sewaktu satu ceramah umum yang di hadiri oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang menariknya, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang turut berucap di majlis itu memulakan ucapannya dengan memberi salam dan mengakhiri ucapannya juga dengan salam dan kalangan tetamu yang hadir begitu bangga menjawab salam daripada Tian Chua, tak tau lah Teman apa hukumnya kerana Teman tidak arif dalam agama, tetapi ramai juga yang berkupiah putih menjawab salam.

Macam-macam ada...

No comments: