Saturday, February 14, 2009

UMNO Bukit Gantang dah boleh tumpu kerja


Nampaknya Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin dah boleh tumpu kepada kerja-kerja mengerakan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan berkenaan ekoran jaminan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib tun Razak hari ini bahawa pucuk pimpinan parti akan memilih anak tempatan sebagai calon dalam pilihan raya kecil tersebut.


Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, awal awal lagi menegaskan UMNO bahagian tersebut hanya mahukan anak tempatan untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi itu ekoran kematian Ahli Parlimen dari Pas, Roslan Shahharum minggu lalu.


Dengan jaminan yang dibuat oleh Najib dalam mesyuarat tertutup dengan BN negeri di pejabat UMNO negeri hari ini, apa yang perlu dilakukan UMNO dan BN Bukit Gantang hanya menumpukan kepada kerja bagi memastikan kecemerlangan jentera pilihan raya dan kemenangan calon yang diputuskan nanti.


Paling penting semua pemimpin UMNO dan BN Bukit Gantang harus bersikap terbuka apabila pucuk pimpinan memutuskan calon nanti, jangan pula akan ada pertikaian bila nama calon di umumkan.


Biasanya pengalaman Teman dalam beberapa pilihan raya sama ada umum atau pilihan raya kecil, apa yang paling susah bagi BN ialah nak berdepan dengan penyokong sendiri yang tidak menerima calon yang diputuskan pucuk pimpinan.


Tentunya, dalam memilih calon untuk bertanding, pucuk pimpinan tidak dapat memuaskan hati semua pihak, tetapi sekurang-kurangnya suara mojoriti akan di ambil kira dan yang paling penting penerimaa pengundi dan rakyat.


Jangan pula lepas ini, peristiwa lempar batu sembunyi tangan masih kedengaran dan ada ahli parti yang akan kena pecat kerana tindakan mereka yang menjadi gunting dalam lipatan dan sebagainya.


Bagi Teman, biarlah kali ini UMNO tidak ditambah lagi dengan masalah dalaman yang semakin parah kerana parti itu kini sedang berdepan dengan cabaran yang lebih besar hinggakan kedudukan raja-raja sudah ada yang berani nak pertikai.


Jangan biarkan gejala biadab itu berterusan semata-mata kerana pemimpin UMNO bercakaran dan tamak sesama sendiri da cakap tak serupa bikin. Pakat-pakat belajar dari pengalaman.




No comments: