Sunday, February 15, 2009

Jangan pandang belakang


Nampaknya suasana saman menyaman, report mereport yang berlaku dalam parti politik kebelakangan ini sudah menjalar kepada Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan isu yang diperjuangkan juga ada kaitan dengan usaha mempertahankan bangsa Melayu. Tahniahlah atas keberanian ini.


Semalam, Gapena mengadakan perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli pula dengan laporan polis yang di buat oleh Ketua Satu gabungan itu, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein di Ibu Pejabat Polis Brickfield.


Menurut Ismail Hussein, PPSMI bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 dan tindakan itu menyahali Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan dan bertentangan dengan Perkara 152(1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan.


Mereka juga dilaporkan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan depan bagi menyatakan pendirian tegas yang menolak PPSMI itu.


Bagi Teman, melihat perkembangan itu menimbulkan persoalan juga kerana mengapa tindakan tersebut baru sahaja dilakukan, apakah mereka baru sedar dengan apa yang berlaku atau ada udang di sebalik mee (Maaf tersalah ubah peribahasa, jangan Teman nak di saman pula kerana menyalahgunakan peribahasa ibunda).


Apa yang menghairankan Teman mengapa selepas enam tahun sistem itu dilaksanakan dan mula menampakkan hasil yang positif dan sebahagian besar anak anak Melayu sudah mula menyesuaikan diri dengan pengunaaan bahasa Inggeris tiba tiba perjuangan Melayu bangun untuk menentang.


Adalah lebih baik, apa yang dilakukan hari ini sudahpun dibuat enam tahun lalu sebelum sistem tersebut dilaksanakan ianya tentunya ianya lebih manis dan mudah bagi guru-guru dan pelajar menghadapinya.


Kalau kita asyik menpersoalkan benda yang telah lama kita laksanakan dan membatalkannya separuh jalan, pastikan yang menangung kerugian anak Melayu juga. Mereka akan menjadi bertambah pening.


Bagi Teman, selama enam tahun sistem tersebut dilaksanakan, tidak ada anak Melayu yang sudah lupa pada bangsanya sendiri atau hilang identiti sebagai orang Melayu sebaliknya mereka lebih berani berdepan dengan bangsa lain dan bertambah yakin menghadapi cabaran Glokal.


Teman pernah melihat bagaimana segelintir anak Melayu yang sedang berbual dengan rakan-rakan mereka dari bangsa lain dalam Bahasa Inggeris dan keadaan itu menampakkan mereka bertambah mesra dan mudah berbual kerana masing-masing mengunakan satu bahasa.

Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pula mengepikan adat dan tatasusila bangsa sendiri.

Jika langkah separuh jalan ini di ambil, tentunya yang akan menjadi mangsa anak anak melayu tersebut kerana dalam keadaan susah payah menguasai bahasa lain, kini mereka dinafikan pula mengunakan bahasa inggeris. Yang akan menjadi mangsa tentunya mereka juga.

Jadi Teman bersetuju benar dengan pandangan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut mempersoalkan langkah yang diambil oleh pejuang bangsa Melayu yang kadang-kadang antara mereka masih menggunakan bahasa Inggeris bila berbual dengan rakan rakan mereka waima dengan anak anak mereka di rumah.

Teman percaya masih banyak perkara yang harus diperjuangkan dan ular menyusur akar tidakan akan hilang bisanya.

Bagi Teman, jadi marilah kita sama-sama fikirkan apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa yang lebih penting daripada itu kerana bangsa Melayu semakin hilang hormatnya kerana kerana tindakan orang Melayu sendiri. Marilah kita fikirkan agenda yang lebih penting bagi memastikan Melayu tak akan hilang di dunia...




No comments: