Tuesday, February 17, 2009

Seronoknya jadi pembangkang


Selepas minum kopi di bawah pejabat seperti biasa, Teman sempat menatap akhbar membaca berita-berita menarik dan seperti sedia maklum sejak sehari dua ni berita panas yang disiarkan akhbar mengenai isu gambar bogel Elizaberth Wong.

kesian juga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Lanjan itu, dah la belum berkahwin lagi , kena pula dengan isu-isu macam ni. Mana nak letak muka. Siapalah yang jadi dajal dalam kes ni. Tak patut betul.

Apapun isunya dan bagaimana nak selesaikanya, biarlah mereka yang akan uruskan sendiri. Tentu rakan rakan beliau dalam parti akan habis-habisan mempertahankan apa yang dilakukanya.

Cuma bagi Teman, apa yang terlintas di fikiran sejak kebelakangan ini, untungnya jadi pemimpin parti pembangkang. Apa sahaja isu yang timbul ada orang yang akan pertahankan, dan orang yang tak ada kena mengena pula kena tuduh.

Terfikir juga Teman dengan beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dua bekas Exco Perak dengan isu "sedekah seks," Exco Kedah, V Aramugam yang didakwa ada skandal perempuan dan Adun Pelabuhan Kelang yang ditangkap khalwat dan terbaru Elizaberth Wong, kalangan pemimpin parti itu terus mempertahankan apa yang dilakukan dan mendakwa ianya adalah mainan jahat Barisan Nasional.

Apa yang berlaku seolah-olah pemimpin BN tidak ada kerja lain, hanya asyik buat nanya kepada pemimpin pembangkang sahaja. Lepas satu kes kepada satu kes pula.

Tetapi yang hairanya pula bila kes itu mula didedahkan secara terperinci dan makin jelas tidak ada pula yang pemimpin BN terbabit, macam mana dalam kes El Wong, sebagaimana dilaporkan lelaki yang terbabit dalam kes itu adalah di kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.

Macam tu juga dengan kes V Aramagum, macam-macam dakwaan dibuat dan tuduh menuduh tetapi tuan badan masih menghilang diri sehingga hari ini.

Terfikir juga Teman, ini lah untungnya jadi pemimpin pembangkang, bila buat salah tak payah nak mengaku dan tak perlu takut kerana akan ada hero hero yang bangun mempertahannya malahan dalam sesetengah kes fatwa pun akan dikeluarkan oleh pemimpin mereka bangun mempertahankan dan menghalalkan tindakan dilakukan.

Tak hairanlah, dalam kes membabitkan moral dan bersekedudukan pun ada pemimpin bertudung sanggup mempertahankan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

Bagi Teman, sampai bilalah kita nak belajar berpijak di bumi nyata dan berani kerana
benar dan tak payahlah berselindung di sebalik konspirasi dan pelbagai tuduhan dan sebagainya semata-mata nak mempertahakan tindakan tidak bermoral tu..

No comments: