Saturday, February 14, 2009

Dr Zambry tak jadi tanding MT


Ketika Datuk Ahmad Shabery Chik mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Majlis Terrtinggi UMNO bulan depan, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pula mengumumkan di Ipoh membatalkan hasrat untuk menawar diri bagi jawatan tersebut walaupun memperolehi pencalonan yang tinggi sekaligus melayakan beliau untuk berbuat demikian.
Dengan alasan untuk memberikan tumpuan dan keutamaanya terhadap membangun dan pentadbirkan negeri Perak yang baru sahaja diambil alih beliau minggu lalu, Dr Zambry mengucapkan terima kasih kepada bahagian UMNO yang mencalonnya dalam persidangan perwakilan masing-masing baru-baru ini.


Bagi Teman, sikap yang ditunjukkan oleh Dr Zambry dan Ahmad Shabery ini menjelaskan UMNO masih lagi segar dan releven dengan amalan demokrasi dan sesiapa sahaja berhak untuk membuat keputusan bagi membabitkan diri dalam mana-mana pemilihan parti.


Bagaimanapun sebagai pemimpin yang matang dan memahami tanggungjawab dan keutamaan, mereka lebih mengetahui apa yang harus dilakukan.


Elok sangatlah pendirian Dr Zambry, UMNO Perak lebih memerlukan khidmat beliau dalam keadaan sekarang dan tumpuan hendaklah di fokuskan kepada amanah yang diberikan kepada beliau itu.


Lagipun jika tidak bertanding jawatan berkenaan, beliau masih boleh memberikan sumbangan kerana kebiasaannya Menteri Besar akan turut dilantik sebagai ahli MT ataupun sekurang-kurangnya akan dijemput hadir setiap kali mesyuarat.


Beliau masih ada ruang untuk memberikan pandangan dan menyumbang kepada parti kerana masih ada saluran untuk berbuat demikian.


Bagi Teman, kalau ramai dalam UMNO pemimpin seperti Dr Zambry yang memahami tugas dan tanggungjawab dan menyedari setakat mana kemampuan untuk berkhidmat disamping apa yang perlu diberi keutamaan, mudah bagi UMNO.


Tak perlu ada lagi kempen yang pelik-pelik semata-mata untuk memegang jawatan tersebut sehinggakan dikejar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.


Ya lah tak kan kerana nak bersungguh-sungguh berkhidmat kepada sehingga sanggup mendedahkan diri kepada gejala kurang sihat atau sehingga melanggar etika dan peraturan parti.


Bagi Teman, menjelang tarikh akhir pengesahan bertanding sebagaimana yang diputuskan oleh ibu pejabt UMNO, akan ada lagi seorang dua pemimpin UMNO yang akan mengikut jejak Dr Zambery. Ukur lah baju di badan sendiri.!


No comments: