Thursday, February 12, 2009

Deman pilihanraya dah mula


Nampaknya demam pilihan raya dah mula, bila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 29 Mac dan hari perbuangan undi pula 7 April bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau ada rakan yang sms Teman bagitau suku daripada tahun ini habis dengan kempen aja katanya.


Daripada kempen pemilihan UMNO yang bermula sejak hujung tahun lalu berlanjutan sampai hujung Mac ni, lepas itu sambung dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini dan membawa kepada dua lagi pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau disamping kemungkinan di Sabah pula masih menunggu keputusan sama ada pilihan raya kecil Pensiangan akan di adakan atau sebaliknya.


Nampaknya tahun ini boleh lah di nobatkan sebagai Tahun Kempen Pilihan Raya 2009.


Apapun bagi Teman, kempen pilihan raya sama ada dalam pemililhan parti atau kerajaan, tidak salah malahan ia menjadi rahmat kepada pihak tertentu terutama peniaga kerana tempias daripada kempen-kempen ni banyak manfaat yang boleh mereka dapat.


Kalau dalam pilihan raya UMNO, tentunya ada tauke hotel dan syarikat pelancongan senyum panjang kerana ramai ahli ahli parti yang tiba-tiba minat melancong atau mendapat tawaran untuk melancong yang melencong.


Begitu juga dengan pilihan raya memilih wakil rakyat, ada tauke hotel yang senang lenang, kalau selalu bilik susah nak penuh, bila musim pilihan raya bukan sahaja susah nak kosong, susah juga nak cari hotel. Ada yang buat blok booking, nak jual balik dan sebagainya.


Dalam mana-mana pilihan raya sama ada parti maupun pilihan raya memilih wakil rakyat ada etika dan tatasusilanya, jangan sampai melanggar etika sehingga terpaksa campurtangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akhirnya bukan sahaja memalukan diri sendiri bahkan turut menjadi pertikaian rakyat.


Bagi Teman, setiap kita perlu ada tanggungjawab dan jalan lah tanggungjwab kita sebagai satu amanah dan bukan sebagai ruang untuk mengambil kesempatan. Perjalanan kita masih jauh.

No comments: