Thursday, February 12, 2009

Masa untuk kembalikan kegemilangan UMNO Perak


Masa untuk kembalikan kegemilangan UMNO Perak


Bila Majlis Tertinggi UMNO memutuskan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan UMNO Perak daripada Datuk Seri Tajul Rosli Ghazali ramai yang sifatkan sebagai usaha terbaik untuk mengembalikan kegemilangan UMNO negeri itu yang semakin hilang arah dan lesu selepas menghadapi kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ianya bukan perkara baru dalam UMNO negeri itu kerana sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO pusat pernah memenang jawatan yang sama antarannya, Tun Huseain Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Musa Hitima yang sewaktu itu memegang jawatan tertinggi UMNO.

Bagaimanapun dalam melihat usaha ini sebagai satu pendekatan yang terbaik bagi menguraikan krisis kepimpinan yang berlaku dalam UMNO negeri itu tetapi bukanlah mudah untuk Najib mengepalai UMNO negeri itu yang hampir setahun menghadapi tempoh lesu itu.

Seperti kata Datuk Radzi Manan, Ketua UMNO Bahagian Kampar selepas pilihan raya umum lalu bahawa Tajul Rosli yang sepatutnya bertanggunjawab harus melepaskan kerusi Pengerusi Perhubungan , tetapi kerana budaya UMNO tak ambil kisah dengan komen sedemikian yang barangkali kurang menyenangkan telinga, isu itu terus dibiarkan begitu sahaja hinggakan tercetuskan isu ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Pengumuman itu sekaligus mengejutkan ramai pihak terutama yang masih menunggu kata kata hikmah Tajul Rosli sebelum ini yang pernah menjanjikan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan tumbang sebelum menjelang fajar 31 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun selepas tarikh itu berlalu, tidak apa pun yang berlaku melainkan peristiwa lompat parti yang turut menimbulkan kejutan semua pihak yang sebelum ini meramalkan yang menyeberang jambatan adalah dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Gandingan Najib yang dibantu oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri diharapkan mampu mengembalikan kegemilangan yang jarang sekali dinikmati parti itu di negeri bijih timah itu sebelum ini.

Apapun satu usaha drastik yang lebih berani dan mengepikan sentimen menjaga hati atau takut menyentuh perasaan seseorang harus dilakukan jika kedua-dua pemimpin berkenaan ingin mengembalikan kekuatan UMNO negeri itu yang sduah memasuki zon lesu.

Rombakan harus dilakukan di peringkat barisan kepimpinan, pegawai di pejabat Perhubungan UMNO negeri disamping meletakknya golongan muda yang lebih berwibawan untuk turut berada dalam kepimpinan negeri.

Datuk Dr Zambry Kadir, Datuk Raja Ahmad Zainuddin dan Datuk Azian Osman harus diberikan peranan yang penting dalam membantu kedua-dua pemimpin tersebut memandangkan pengalaman mereka sebelum ini.


Dengan cara ini sahaja UMNO negeri itu mampu untuk dipulihkan dan sentimen ada pemimpin yang lama kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan bahagian tidak harus dijadikan asas utama dalam mengukughkan parti.

Sebaliknya mereka yang sudah banyak berjasa dan pengalaman itu harus bersama-sama berganding bahu memperkukuhkan parti tanpa perlu secara terbuka melahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah telah diabaikan.

UMNO tidak perlu lagi di layan dengan kerenah sebegitu sebaliknya masih ada agenda besar yang harus diperjuangkan bagi mengukuhkan parti itu bagi mengembaliknya keyakinan rakyat yang semakin muak dengan pelbagai karenah selepas teweas dalam pilihan raya umum lalu.

Apa yang perlu dilakukan ialah kembalikan keyakinan rakyat, dan buangkan perasaan syok sendiri nescaya rakyat akan kembali kepada UMNO yang masih releven untuk orang Melayu.

Pastinya keputusan ADUN Bota itu adalah satu rahmat buat UMNO Perak yang berlaku segera bangun bagi mengembalikan kegemilangannya yang sudah hilang akibat ada pemimpin yang menyifatkan pertistiwa itu sebagai jaringan gol dalama permainan bola sahaja.

Rahmat itu perlu diterjemahkan agar hanya dengan beberapa kerusi lagi UMNO Perak boleh kembali memimpin negeri itu bagi memastikan nasib orang Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan kepentingan masyarakat bangsa lain.

Teman, catatan ini disiarkan dalam Mingguan watan bil 24

No comments: