Tuesday, April 5, 2011
cerita di sidang akhbar Wan Azizah
Baru tanya mana jam Omega Anwar dah melompat…tolong jangan berlagak bab kebebasan maklumat
Oleh: ROSLI ISMAIL
Baru Jumaat lalu Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).Cuba tengok bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ‘buat lawak’ semasa wartawan tanya mengenai jam Omega Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang akhbar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pagi Selasa.
Kerajaan Selangor menjerit ke seluruh dunia kononnya enakmen itu adalah detik sejarah bagi Malaysia kerana ia akan membolehkan orangramai akses kepada dokumen kerajaan negeri jika perlu.
Ia cuba mengambarkan bagaimana terbuka dan telusnya kerajaan pimpinan Khalid PKR.
Come on Tan Sri…ini belum lagi nak minta tengok dokumen kerajaan negeri yang sulit-sulit tu…ini wartawan baru tanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Datuk T) kata sudah serah pada polis untuk siasatan kes video seks.
Itupun Tan Sri dah ‘melompat’ macam wartawan jahat ni sangat kerana bertanya.
Boleh tengok balik rakaman video sidang akhbar bagaimana Tan Sri membebel-bebel panjang antaranya kata : “Soalan anda menunjukkan anda tidak menghargai keadilan. Hakikatnya saya berada di sini ialah untuk melihat sama ada media-media ini bertanyakan soalan demi kepentingan negara atau cuba memainkan isu ini,” katanya.
Sejak bila Tan Sri meletak diri sebagai ‘pemantau media’ dan menjadi hakim itu soalansamada itu untuk kepentingan negara atau tidak.
Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan dari rakan-rakan wartawan dan pembaca yang geram melihat cara Khalid membebel dan cara Wan Azizah serta Nurul Izzah jawab mengenai jam itu.
Hakikat depan mata salahkah wartawan nak bertanya pasal jam itu.Ini kerana jam itu dikatakan menjadi salah satu bukti penting yang menunjukkan lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Hakikatnya juga salahkah wartawan bertanya apa sekalipun berkaitan isu selarai dengan konsep kebebasan.
Semua orang tahu Eskay mendakwa pelacur China dalam video itu cuba curi jam berkenaan.
Anwar pula telah meminta beliau cari jam itu dalam bilik berkenaan.Malah Anwar dikatakan ada SMS padanya mengenai jam berkenaan.
Kalau ikut jalan ceritanya jam itu kini ada ditangan polis.
Sebaliknya ketika menjawab soalan wartawan Agendadaily dalam sidang akhbar itu Wan Azizah kata jam itu ada padanya.
Siapa yang betul ?
Menjawab soalan wartawan lain lanjutan kepada soalan Agendadaily itu Wan Azizah tidak maju tunjuk jam berkenaan yang dikatanya ada padanya.
Nurul Izzah pula menempelak wartawan berkenaan ‘“Adakah awak seorang pendakwa?”
Ini sebelum Khalid membebel-bebel panjang mengenai soalan berkenaan.
Senang cakap kalau jam itu ada kenapa Wan Azizah susah sangat nak tunjuk sedangkan beliau boleh ambil terus kerana sidang akhbar itu diadakan dalam rumahnya di Segambut Dalam.
Itupun KALAULAH ada jam tangan berkenaan ditangannya.
Andaian yang boleh dibuat jam itu tidak ada ditangannya.Sebab itu beliau,Nurul dan Khalid jadi gabra.
Itu baru bab jam.Wartawan belum lagi sempat bertanya bab SMS Anwar yang Eskay dakwa masih tersimpan dalam telefon bimbitnya pesan beliau jaga jam itu yang ditemui dalam bilik dimana didakwa berlaku adegan seks.
Pelik sungguh bolehkah jam Omega yang dikatakan ada lambang kerajaan Arab Saudi boleh berjalan kaki sendiri ke bilik berkenaan.
Yang pasti kalau betul dakwaan Eskay itu cap jari pelacur China yang cuba curi jam itu (aksi cuba curi itu dikatakan dapat dilihat dalam video penuh 22 minit) terdapat pada jam berkenaan.DNA Anwar juga boleh diperiksa dari daki dan air peluhnya yang melekat pada jam itu.
Ada juga kalangan rakan wartawan yang kata elok sekali Wan Azizah adakan satu lagi sidang akhbar tunjuk jam itu yang katanya ada padanya.
Itu pun kalau berani kena benar.
Mereka yang pernah membuat liputan sidang akhbar Anwar atau Wan Azizah tahu bukan senang nak bertanya soalan ‘nak tau lebih’ mengenai sesuatu hal.
Mereka biasanya akan melenting bila wartawan nak korek lebih-lebih – ironinya pembangkang sering dakwa merekalah juara dunia bab kebenaran.
Kalau nak tahu cuba tanya lebih-lebih.Ini membuatkan ramai wartawan muak dan tahu buang masa saja nak cuba-cuba.
Baik Anwar atau Wan Azizah lebih gemar dan syok layan soalan-soalan bola tanggong saja dimana mereka boleh smash balik.
Tanya lebih-lebih terus dapat cop ‘wartawan jahat’ dan ‘agen UMNO’.
Bagi Khalid elok renung balik video Tan Sri dok membebel tu sebelum cakap pasal freedom of information dan blah…blah…blah .
Kata Tan Sri ada banyak kerja lain nak buat tumpu soal video seks itu.Itu bukan satu jawapan.Itu nak mengelak namanya.
Ini belum bab kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Ini belum bab dakwaan Eskay bagaimana beliau jadi ‘ tukang atur ‘ sepanjang Anwar ke Thailand dua tahun lalu.
Banyak lagi soalan dalam isu ini belum terjawab.
Soalnya (kalau betul terbukti kelak) Anwar lelaki dalam video itu mahukah Tan Sri berketuakan seorang pemimpin yang berlagak pijak semut tak mati dan warak sedangkan dibelakang main pelacur China.
Mahukah Tan Sri serah negara ini dipimpin oleh orang yang boleh sodok depan boleh sodok belakang.
Tidakah umat PKR,PAS dan DAP merasa kena tiup hidup-hidup jika begitu.
Bagaimana pula rakyat bawahan yang kena kelentong .
Sepatutnya Tan Sri menjadi salah seorang barisan pertama tuntut nak tau kebenaran pasti tentang hal ini sekalipun ia satu malapetaka besar bagi puak pembangkang.
Kita tak perlu tanya Wan Azizah soalan ini kerana beliau perlu jaga maruah keluarganya.
Lagipun Karpal Singh sentiasa ada disebelah untuk membelanya.Petikan Agendadaily.
Tuesday, May 5, 2009
Ini semua cerita karut- JJ
“Ini semua cerita karut marut,” demikianlah penegasan Ahli Parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ) mengenai dakwaan terbaru pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai dirinya.
Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa JJ
JJ yang enggan melayani isu tersebut dan tidak mahu mengulas lanjut bagaimanapun menegaskan, beliau akan berunding dengan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap tuduhan terbaru Raja Petra tersebut.
Selain JJ, dalam tulisan itu, Raja Petra turut mengaitkan nama bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan seorang yang dikatakan pegawai tentera, Lt Kol Azmi Zainal Abidin.
Ini bukan kali pertama Raja Petra membuat tuduhan melulu kerana selain orang politik, Agendadaily turut pernah dituduh dan difitnah kononnya dibiayai oleh orang-orang tertentu.
Namun apabila dicabar untuk membuktikan tuduhannya, Raja Petra akan berdiam diri dan tidak pernah membetulkan kesalahan fakta yang terbukti bohong dan menipu.Petikan Agendadaily.com
BN jangan cepat mengaku kalah
Sehingga hari ini, Barisan Nasional belum lagi memutuskan sama ada akan meletak calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti dalam pilihan raya kecil 31 Mei nanti.
Walaupun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya akan membincangkan isu tersebut dalam mesyuart Majlis Tertinggi BN 18 mei nanti, tetapi ramai yang mengharapkan pemimpin utama BN itu akan membuat keputusan untuk bertanding.
Teman bersetuju benar untuk BN bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ramai yang meramalkan peluang untuk merampas kerusi tersebut adalah terlalu tipis kerana kedudukan Penanti yang berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Tetapi apapun alasan, seperti pembaziran wang rakyat dan sebagainya, BN tidak harus cepat mengakui kalah kerana tentunya masih terdapat pengundi yang tidak akan menerima calon daripada Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka.
Apa lagi calon tersebut tidaklah mempunyai keistimewaan sangat kecuali beliau adalah bekas Setiausaha Politik Anwar sahaja dan pernah kalah dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.
BN harus mengunakan kesempatan daripada kempen pilihan raya kecil tersebut untuk menerangkan kepada rakyat pelbagai perancangan kerajaan dan yang paling penting bagi menangkis serangan pembangkang yang memang mencari peluang untuk menghemtam kerajaan.
Pentas kempen pilihan raya kecil itu boleh dimanfaatkan untuk menangkis pelbagai fitnah, penipuan yang bakal di taburkan oleh "Raja Pembohong" itu bagi mencapai cita-cita politik beliau walaupun terpaksa mengorbankan kerusi DUN tersebut sebelum ini.
BN harus menghadapi pilihan raya kecil ini dengan rasa tanggungjawab membetulkan kekeliruan yang akan berterusan selagi pemimpin agung kerajaan 16 September itu tidak berjaya ke tampuk kuasanya.
BN tidak harus menghabiskan wang yang banyak sebaliknya peluang itu harus dimanfaatkan secara berhemah bagi mengambil hati rakyat dan tidak mustahil kerusi tersebut boleh di rampas daripada bakal Timbalan Ketua Menteri yang bakal paling berkuasa di Pulau Pinang itu nanti.
Hari ini, bukan sahaja kalangan rakyat yang sayang kepada UMNO dan umat Melayu mulai kecewa dengan mainan politik Anwar itu, malahan rakan rakan sekutu mereka juga mula nampak tembelang dan rentak yang sedang dimainkan oleh pemimpin kesayangan mereka itu.
Oleh itu Teman sebagai manusia kerdil ini turut bersama sama rakyat jelata lain berharapkan sangat agar pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti, Datuk Najib akan meniup semboyan bagi mengerakkan jentera BN berkampong di Penanti bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
Teman pun sudah bersiap untuk pergi berperang di Penanti cuba dok tunggu semboyan ditiupkan sahaja.
Penanti jangan jadi lubuk fitnah
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memutuskan sama ada perlu bertanding atau sebaliknya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding… kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.
“Kita tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat,” katanya pada persidangan berita di sini, Selasa.
Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Kerusi (DUN) Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.
Ketika diminta mengulas keputusan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan dan anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah, menyertai Parti Gerakan, parti politik yang berpangkalan di Semenanjung, setelah tidak mempunyai parti selama hampir sembilan bulan, Najib berkata Tan bersama Au sudah berjumpa dengan beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam untuk memaklumkan perkara itu.
“Raymond menyatakan bahawa selepas berfikir semasak-masaknya beliau mengambil keputusan untuk memasuki parti Gerakan atas beberapa sebab.
“Antaranya ialah bahawasanya parti Gerakan adalah satu parti berbilang bangsa dan dia dapat menonjolkan dirinya sebagai pemimpin untuk semua kaum dan semua penyokongnya boleh menyertai bersama-sama dengan dia,” katanya.
Mengenai kedudukan Tan dalam Kabinet negeri, Najib berkata perkara itu akan ditentukan kemudian.
“Itu kita serahkan kepada kuasa prerogatif Ketua Menteri dan lepas itu, Ketua Menteri akan buat cadangan kepada saya,” katanya.
Bagi Teman, BN tidak perlu gusar dengan taktik tukang karut PKR , Anwar Ibrahim, BN harus meletakan kepentingan rakyat mengatasi sindrom takut kalah kerana, kalau kalah pun bukan bererti BN gagal tetapi sebagai peluang untuk belajar membetulkan kelemahan dan kepincangan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Malahan kesempatan pilihan raya kecil itu juga sekurang-kurangnya dapat dijadikan ruang untuk menyekat penyebaran pelbagai fitnah, penipuan dan kepalsuan yang akan ditaburkan oleh pemimpin PKR itu.
Datuk Seri Najib harus membuktikan BN sedia menghadapi sesiapa sahaja yang cuba mengalahgunakan demokrasi untuk kepentingan perut sendiri dengan membuat keputusan bijak untuk sama sama mengambil bahagian dalam pilihan raya itu nanti.
Teman percaya, BN ataupun UMNO masih mempunyai pemimpin berwibawa yang boleh mengugat PKR yang mula menjadikan pilihan raya kecil sebagai ruang untuk mencari pengaruh.
Ahmad Maslan jadi penyambung dua generasi
CABARAN... Ahmad Maslan memikul tanggungjawab Ketua Penerangan Umno yang baru ketika parti sedang melalui situasi getir dan penuh cabaran selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008.
'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'...itulah pepatah yang begitu sesuai dengan Ketua Penerangan Umno yang baru, Ahmad Maslan, 43.
Nama beliau bukanlah antara nama yang disebut-sebut untuk menjawat jawatan itu. Namun pelantikannya oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 24 April lalu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan memandangkan beliau sememangnya sudah lama terbabit dalam jentera penerangan Umno sebelum ini.
Pelantikannya dalam saf Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Felda dan Biro Tatanegara juga menunjukkan beliau sememangnya mendapat kepercayaan yang begitu besar daripada Najib
Dalam temu bual dengan mStar Online, Ahli Parlimen Pontian ini menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Najib sebagai "tuah dan amanah."
"Ia antara tuah dan amanah. Memang begitulah nampaknya dan saya amat menghargai dan bersyukur atas amanah yang diberi serta menerima dengan tawaduk.
"Saya kira daripada pengalaman sudah-sudah, saya akan dapat melaksanakannya dengan bantuan semua pihak. Nampaknya ia (kerjaya politik) melonjak begitu dan hakikatnya adalah untuk meremajakan Umno dan kerajaan," kata beliau.
Mengenai cabaran, Ahmad menggariskan dua aspek yang beliau akan beri penekanan.
Pertama menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar.
"Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain," ujar beliau.
Cabaran kedua, bagi beliau, adalah menarik semula sokongan khususnya daripada kaum Cina dan India.
"Mereka pernah menyokong kita secara majoriti dan mereka juga mengemukakan pandangan tertentu kepada kerajaan. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN," jelas Ahmad.
BERIKUT SEDUTAN TEMU BUAL DENGAN AHMAD MAZLAN:
Boleh YB ceritakan sedikit latar belakang YB dan bagaimana terlibat dalam bidang politik?
AHMAD MASLAN Saya berasal dari Benut, Pontian. Saya datang dari sebuah kampung yang serba kekurangan yang mana hanya pada tahun 1996, kampung saya mendapat kemudahan elektrik, air, jalan raya dan telefon. Bayangkan saya bersekolah daripada tahun 1973 hingga 1978 (tanpa kemudahan). Sebelum pergi ke sekolah, saya menoreh getah dan pernah bekerja di ladang kelapa sawit.
Seterusnya saya masuk ke sekolah asrama penuh dan melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Di New Zealand, saya menjadi Pengerusi Kelab Umno Wellington dan daripada situlah, saya mula menceburi bidang politik iaitu pada tahun 1998. Kemudiannya pada tahun 1999, saya berucap di Perhimpunan Agung Umno mewakili Kelab Umno Luar Negara.
Kemudian, saya bekerja dengan Biro Tatanegara di Jabatan Perdana Menteri seterusnya kembali semula ke bidang politik setelah dilantik menjadi setiausaha politik kepada Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu iaitu Datuk Mustapa Mohamed. Daripada situ, saya menimba banyak pengalaman daripada Tok Pa (Mustapa) yang sangat rajin bekerja.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran peringkat MBA (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan terlibat dalam Yayasan Restu sehinggalah diambil oleh Datuk Seri Najib sebagai Pengarah Seranta Felda.
Saya juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Umno bermula sebagai AJK Umno Bahagian Sungai Benut, kemudian beberapa biro dalam Pemuda Umno Malaysia termasuk Biro Penerangan, Latihan, Agama, Sains dan Teknologi.
Saya juga pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pontian, Setiausaha Penerangan Umno Johor dan Ketua Penerangan BN-BBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional). Saya terlibat dalam kerja-kerja penerangan ini sudah lama.
Nama YB bukanlah antara nama yang disebut-sebut untuk menjawat jawatan Ketua Penerangan. Bagaimana perasaan YB setelah mengetahui YB terpilih?
AHMAD MASLANWalaupun Datuk Seri Najib mengenali saya tetapi saya tidak meminta sebarang jawatan termasuk jawatan Timbalan Menteri atau Ketua Penerangan Umno. Ia (pelantikan) adalah sesuatu yang memeranjatkan untuk saya tetapi setelah diberi rasionalnya, saya sanggup memikul amanah yang berat ini.
Antara rasionalnya adalah supaya wajah Umno dilihat lebih muda dan saya boleh menjadi jambatan bagi generasi berumur 20-an dan 30-an kerana saya berumur awal 40an dan pada masa yang sama, saya boleh berhubung dengan generasi 50-an dan 60-an.
Mungkin kerana saya pernah bertugas dengan Datuk Seri Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri menerusi Felda, timbul kepercayaan beliau kepada saya maka saya dilantik.
Satu lagi, mungkin kerana saya boleh bekerja siang malam. Saya sanggup bekerja keras dan sedaya upaya saya.
Apa perubahan menyeluruh yang akan YB bawa dalam jentera penerangan Umno?
AHMAD MASLANJentera penerangan Umno ini sudah ada tetapi sama ada ia aktif atau tidak. Kita ada lebih 20,000 cawangan Umno, maknanya kita ada lebih 20,000 ketua penerangan cawangan, kemudian kita ada ketua penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap cawangan.
Kemudian kita ada Biro Penerangan di 191 Bahagian dan kita ada Jawatankuasa Penerangan Negeri dan Pusat. Sama ada jentera ini bergerak atau tidak, itulah yang menjadi keutamaan saya iaitu menggerakkan jentera itu dan saya ingin perkara-perkara yang kreatif dalam membuat kerja-kerja penerangan.
Saya lihat ada empat medium komunikasi utama iaitu secara bersemuka, media elektronik, cetak dan maya. Keempat-empat medium ini akan digunakan untuk menarik semula sokongan Melayu kepada Umno dan rakyat Malaysia kepada BN.
Apakah sebenarnya fungsi Ketua Penerangan Umno?
AHMAD MASLAN Ia boleh dirumuskan sebagai GST iaitu daripada gelap kepada samar kepada terang. Itulah fungsinya dalam segala hal, isu dan dasar serta perkara-perkara yang hendak kita sampaikan.
YB akan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi jentera penerangan Umno. Boleh YB terangkan mengenai hal itu?
AHMAD MASLAN Maksud KPI itu adalah kita mahu menetapkan jumlah program penerangan di semua peringkat termasuk cawangan, bahagian, negeri dan pusat dalam tempoh sebulan, enam bulan dan setahun.
Jadi, kalau kita ada jadual berkala dan ada sasaran yang perlu kita capai, itu akan dijadikan KPI.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Penerangan Umno Pusat dalam usaha pembaharuan Umno?
AHMAD MASLAN Pertama, kita hendaklah mengakui hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit iaitu BN tidak mendapat dua pertiga majoriti dan hilang lima negeri (dalam pilihan raya umum ke-12). Itu hakikat yang perlu diakui terlebih dahulu.
Untuk itu, kita hendaklah menumpukan kepada usaha mengembalikan semula negeri-negeri yang tewas dan mendapatkan dua pertiga majoriti pada pilihan raya umum ke-13. Tumpuan kita adalah ke arah itu.
Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dalam penerangan supaya melipatgandakan usaha penerangan ini dengan pelbagai kaedah termasuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.
Antara dasar utama yang perlu difahami adalah konsep 'Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan'. Tugas kita adalah memberi pemahaman kepada ahli-ahli parti bahawa tujuan kita murni kerana pada akhirnya, kita perlu mendapatkan mandat daripada rakyat dan kaedah yang terbaik adalah mendahulukan rakyat dalam apa jua dasar.
Apakah strategi YB untuk mendekati ahli-ahli Umno dan masyarakat amnya?
AHMAD MASLAN Saya akan rapat ke bawah. Sebab itu dalam masa dua minggu, saya telah menginap di dua rumah peneroka Felda. Saya akan melakukan perkara yang rapat kepada rakyat dan ini juga merupakan tema rakyat didahulukan. Saya rasa itulah kaedah terbaik dan apa yang saya buat ini diterima baik oleh masyarakat peneroka. Saya akan menginap di rumah peneroka setiap kali saya ke sesuatu kawasan Felda supaya saya dapat memahami lebih dekat masalah yang dihadapi dan mesra dengan mereka.
Apakah strategi yang akan dijalankan Biro Penerangan Umno berhubung sesetengah laporan laman blog yang mengecam Umno?
AHMAD MASLAN Pada saya, cabaran utama adalah media maya. Saya akan berbincang dengan orang yang tahu dan pakar dalam perkara ini. Umno sudah pun ada Umno Online tetapi semua perkara boleh ditambah baik.
Selain itu, kaedah utama pembangkang adalah memberi persepsi negatif terhadap apa jua yang BN lakukan. Strategi kita adalah mengubah yang negatif itu kepada positif.
Pada pandangan YB, apakah cabaran utama dalam era kepimpinan Datuk Seri Najib?
AHMAD MASLAN Pertama adalah kita mahu menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar. Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain.
Cabaran kedua adalah untuk menarik semula sokongan khususnya daripada kaum Cina dan India. Mereka pernah menyokong kita secara majoriti dan mereka juga mengemukakan pandangan tertentu kepada kerajaan. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.
Pelantikan YB sebagai Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri pada masa yang sama dilihat sebagai tuah yang akan membuka jalan kepada karier politik YB untuk berkembang dengan lebih cepat. Apa komen YB?
AHMAD MASLAN Ia antara tuah dan amanah. Memang begitulah nampaknya dan saya amat menghargai dan bersyukur atas amanah yang diberi serta menerima dengan tawaduk. Saya kira daripada pengalaman sudah-sudah, saya akan dapat melaksanakannya dengan bantuan semua pihak. Nampaknya ia (kerjaya politik) melonjak begitu dan hakikatnya adalah untuk meremajakan Umno dan kerajaan.
Bagi Teman, Tahniah kepada sahabat Teman ni, apapun tugas dan tanggungjawab besar sedang menanti di depan.
Monday, May 4, 2009
PAS bantah cara PKR
ni bukan orang UMNO,MCA,MIC,Gerakan atau PPP yang cakap tetapi suara dari Timbalan Pesuruhjayanya, PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa sendiri.
Katanya kepada para wartawan lepas satu majlis di Kepala Batas peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.
Menurut Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.
Serentak dengan itu beliau meminta pucuk pimpinan PAS mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi DUN Penanti ditandingi calon PKR.
Katanya desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat.
"Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas," katanya.
Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.
Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti.
Namun dalam perkembangan berkaitan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercakap kepada para wartawan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya mengulangi lagi pendirian parti itu untuk menyokong Mansor bertanding Penanti.
Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya, PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac tahun lepas dan telah memenanginya.
"Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang telah kita muktamadkan kerana parti ini (PKR) yang menjadi calon pada PRU yang lalu.
"Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding...itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon Keadilan," katanya .
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS mengenai cadangan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin yang mahukan calon daripada parti itu bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.Petikan Agendadaily.com
Sunday, May 3, 2009
Pilihan raya jadi produk pelancongan
Barangkali Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen perlu memikirkan secara serius untuk menyenaraikan kempen pilihan raya sebagai salah satu lagi produk pelancongan di negara ekoran sejak "September 16" yang gagal, banyak sangat pilihan raya kecil diadakan sama ada secara sengaja maupun tidak sengaja.
Kalau sebelum ini kita hanya berdepan dengan pilihan raya kecil melalui kematian wakil rakyat sahaja tetapi kali ini kadang kala kerusi sengaja di kosongkan untuk mencapai cita-cita politik 'bekas bakal Perdana Menteri" yang tidak jadi, Datuk Seri Anwar.
Kalau pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah sengaja kosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada suami tersayang bagi masuk parlimen, kemudian diikuti pula dengan Pilihan raya kecil Bukit Selambau dan yang terbaru Dewan Undangan Penanti yang semata-mata untuk melantik bekas Setiausaha Politik beliau, Dr Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kemungkinan juga selepas ini satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan bagi DUN Kota Alam Shah dengan pelbagai alasan dibuat bagi menghalalkan tindakan mereka itu.
Barangkali Anwar memilih cara sebegitu itu untuk beliau terus dibelai mimpi mimpi indah bagi meneruskan cita-citanya hendak sampai ke Putrajaya tanpa melihat kepada kesan yang akan timbul ekoran tindakan yang bukan sahaja banyak membuang masa malahan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.
Walaupun Teman tidak bersetuju dengan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pilihan raya kecil seperti ini merupakan satu pembaziran duit rakyat tetapi pilihan raya yang sengaja diada adakan banyak membazirkan masa rakyat. Biarlah masa kempen dimanfaatkan untuk memikirkan usaha membangun negara untuk rakyat.
Tapi tentunya bagi Anwar Ibrahim, beliau tidak peduli semua itu , yang penting cita-cita politiknya tercapai walaupun terpaksa masuk campur rumah tangga orang, macamana yang terjadi dengan nasib rakan sekutu mereka, PAS.
Apupun UMNO jangan jadi kalam kabut dengan gelagat Anwar yang separuh sedar tu, kalau ada pilihan raya, UMNO jangan cepat angkat tangan, sebagai parti yang masih relevan dengan politik tanah air, UMNO perlu bertanding.
Walaupun harapan untuk menang kadangkala tak ada, tetapi kesempatan kempen pilihan raya kecil seperti itu sekurang-kurangnya dapat dijadikan peluang untuk menyekat golongan bercita-cita besar itu menjual tembelang mereka.
Bagi Teman, kita tidak perlu ikut rentak golongan yang SANGAT KECEWA ini, tapi dalam masa yang sama tidak perlu memberi ruang kepada mereka untuk terus menyalahgunakan istilah demokrasi untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada rakyat.
Saturday, May 2, 2009
cyber warrior yang muflis
Lama benar Teman tak jengok blog sendiri, hasrat hati macam macam nak tulis, apa lagi dengan pelbagai isu yang ada kebelakangan ini daripada deman pemilihan agung UMNO hingga kepada perlantikan kabinet baru dan pilihan raya kecil DUN Penanti hujung bulan ini.
Tetapi kerana tuntutan tugasan lain, hasrat tu tinggal macam tu sahaja. Tapi entah apa hal pagi ini Teman terasa nak menulis pula. Semangat mai pula dah.
Sewaktu menjengok beberapa blog kebelakangan ini, Teman tertarik dengan isu sahabat Teman saudara Rashid Yusuf yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rashid yang pernah berkerja dengan Khairy Jamaludin sebelum ini barangkali terkejut kerana sebaik sahaja nama beliau turut disebut untuk mengisi jawatan tu, ramai panglima panglima perang atau hantu-hantu raya blog yang kurang berpuashati dengan membuat pelbagai kecaman.
Teman hairan juga, jawatan setiausaha ahbar pun dipolitik oleh orang-orang media yang selalu melaungkan perjuangan yang bebas tapi awat pula dalam hal ini mereka memilih isu ini sebagai agenda penting.
Teman bukan apa, sepatutnya masih ada benda yang lebih penting dimanfaatkan dalam forum-furum sebegini daripada 'menjadi jaguh' dalam menentukan nasib seseorang.
Teman bukan hendak menyebelahi Rashid, tetapi apakah dosa sahabat Teman tu dan buruk sangatkah Saudara Khairy ini hinggakan sesiapa yang pernah ada kaitan dengan beliau tidak layak untuk menduduki jawatan sepenting begitu.
Sepatutnya kita harus faham, pemilihan UMNO yang baru lalu adalah proses dalam keluarga dan pertandingan itu bukan bertujuan memecah belahkan parti dan selesai pemilihan sudah sampai masa untuk kita bersatu semula.
Tepi sedihkan ada pula golongan yang bangun menjadi hero cuba mengasingkan orang tertentu dan menghukum pula orang yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka. Kalau macam ni sampai bila Melayu nak maju.
Barangkali Tan Sri Muhyiddin tidak akan terpengaruh dengan pelbagai dakyah itu, kebijaksanaan beliau untuk memilih para pegawainya sama sekali tidak dipengaruhi unsur-unsur tersebut.
Tetapi bagaimana pula orang luar UMNO akan melihat betapa sempitnya otak "cyber warrior" pemimpin tertentu UMNO yang begitu ketinggalan zaman dan muflis hinggakan apa yang berlaku dalam rumahtangga parti boleh dijadikan isu berpanjangan sedangkan proses pemilihan sudah selesai dan masa kini adalah waktu untuk bekerja dan bukan beretorik lagi.
Bagi Teman, kalau masih ada lagi pemikir pemikir yang berfikiran sedemikian sampai bila pun kita tak maju...bagi Rashid..kesian kat hang tapi yang paling kesian kat bos hang, saudara Khairy apa la hina sangat, sampai ke situ orang dok hukum dia. Bagi Khairy, perkembangan ini satu kekuatan kepada adinda ku ini untuk terus mengubah minda ahli UMNO yang masih dibelenggu pemikiran kolot.
Thursday, February 19, 2009
Macam cacing kepanasan saja...
Hari ini Teman melayari laman KPMU, tertarik juga dengan berita apa yang terjadi kepada sahabat Teman, saudara Lukman Abdullah di Parlimen semalam. Sebelum peristiwa itu Teman sempat juga berbual dengan Lukman mengenai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk hero mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ini seolah-olah macam cacing dalam kepanasan. Sepatutnya tidaklah perlu melenting kalau tak ada buat salah kerana mereka sendiri mengaku, apa yang berlaku ini semata-mata konsprasi Barisan Nasional.
Kalau betul konsprisi, Teman tak nampak mengapa mereka perlu menjadi cacing kepanasan dan asyik nak menyalahkan orang lain sahaja.
Mari kita fikir fikirkan yang ditulis oleh KPMU. Mari kita berfikir secara rasional !.
Kenapa Tian Chua tiba-tiba naik angin apabila ditanya apakah beliau adalah salah seorang teman lelaki Elizabeth Wong? Apabila ditanya oleh pemberita Agendadaily, beliau lantas berkata, “If you ask me again, I smash your head”. Tak salah wartwan Agendadaily menyoal beliau kerana rakyat mahu tahu, lagi pun rakyat perlu tahu.
Tian Chua juga mahu menyaman laman web berkenaan jika mereka terus mengaitkan beliau dengan Elizabeth. Sebenarnya Tian Chua tak perlu naik angin, beliau boleh menafikan dengan baik. Beliau hanya perlu berkata, oh…itu fitnah belaka, saya masih teman lelaki Elizabeth.
(Teman lelaki saja) Tetapi Tian Chua tidak berbuat demikian, beliau enggan menjawab dan ini menjadi tanda tanya kepada rakyat, terutama sekali apabila Tian Chua di pasangkan dengan Elizabeth ke Taiwan dan Saifuddin dengan Fauziah. Tentu ada masa yang banyak untuk mereka lebih mengenali sesama sendiri, maklumlah mereka terperangkap di Taiwan lebih dari 4 hari, tiada tugasan yang perlu mereka lakukan kerana apa yang dikejar adalah hanya kandang yang sudah kosong. Kesemua Ahli Parlimen BN sudah berlepas ke tempat lain apabila mereka sampai.
Wartawan Agendadaily hanya mahukan kepastian dan bukannya wartwan berkenaan menayakan soalan seperti, apakah YB ada menyelinap masuk bilik Elizabeth ketika di Taiwan? Bukan mereka tanya, macam mana ok ke bersama Elizabeth. Mereka hanya mencari kepastian untuk membersihkan nama Tian Chua tetapi Tian chua mahu pecahkan kepala mereka. Inikah pemimpin PKR yang berkualiti. Belang mereka semakin menonjol sekarang. Sememangnya Tian Chua adalah salah seorang teman lelaki Elizabeth, apa Tian Chua tidak mahu di panggil lelaki. Hebat ………. tentu seronok bila di tugaskan dengan Elizebeth di Taiwan, she’s not bad ….. usia pun dah matang dan beliau juga adalah gadis yang matang.
Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?… if you ask me again, I smash your head
Isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong makin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu. Ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki. Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth.
Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis. Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya ‘mesra media’ terus mengancam “If you ask me again, I smash your head”. Lebih lanjut lagi, beliau turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut beliau bekas teman lelaki Elizabeth.
Serentak dengan itu beliau meminta wartawan Agendadaily beredar daripada sisinya. Dalam perkembangan berkaitan, Elizabeth hari Khamis berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan.Beliau juga mengeluarkan satu kenyataan menegaskan tetap akan meletak jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.- petikan KPMU.
Tuesday, February 17, 2009
Seronoknya jadi pembangkang
Selepas minum kopi di bawah pejabat seperti biasa, Teman sempat menatap akhbar membaca berita-berita menarik dan seperti sedia maklum sejak sehari dua ni berita panas yang disiarkan akhbar mengenai isu gambar bogel Elizaberth Wong.
kesian juga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Lanjan itu, dah la belum berkahwin lagi , kena pula dengan isu-isu macam ni. Mana nak letak muka. Siapalah yang jadi dajal dalam kes ni. Tak patut betul.
Apapun isunya dan bagaimana nak selesaikanya, biarlah mereka yang akan uruskan sendiri. Tentu rakan rakan beliau dalam parti akan habis-habisan mempertahankan apa yang dilakukanya.
Cuma bagi Teman, apa yang terlintas di fikiran sejak kebelakangan ini, untungnya jadi pemimpin parti pembangkang. Apa sahaja isu yang timbul ada orang yang akan pertahankan, dan orang yang tak ada kena mengena pula kena tuduh.
Terfikir juga Teman dengan beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dua bekas Exco Perak dengan isu "sedekah seks," Exco Kedah, V Aramugam yang didakwa ada skandal perempuan dan Adun Pelabuhan Kelang yang ditangkap khalwat dan terbaru Elizaberth Wong, kalangan pemimpin parti itu terus mempertahankan apa yang dilakukan dan mendakwa ianya adalah mainan jahat Barisan Nasional.
Apa yang berlaku seolah-olah pemimpin BN tidak ada kerja lain, hanya asyik buat nanya kepada pemimpin pembangkang sahaja. Lepas satu kes kepada satu kes pula.
Tetapi yang hairanya pula bila kes itu mula didedahkan secara terperinci dan makin jelas tidak ada pula yang pemimpin BN terbabit, macam mana dalam kes El Wong, sebagaimana dilaporkan lelaki yang terbabit dalam kes itu adalah di kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.
Macam tu juga dengan kes V Aramagum, macam-macam dakwaan dibuat dan tuduh menuduh tetapi tuan badan masih menghilang diri sehingga hari ini.
Terfikir juga Teman, ini lah untungnya jadi pemimpin pembangkang, bila buat salah tak payah nak mengaku dan tak perlu takut kerana akan ada hero hero yang bangun mempertahannya malahan dalam sesetengah kes fatwa pun akan dikeluarkan oleh pemimpin mereka bangun mempertahankan dan menghalalkan tindakan dilakukan.
Tak hairanlah, dalam kes membabitkan moral dan bersekedudukan pun ada pemimpin bertudung sanggup mempertahankan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
Bagi Teman, sampai bilalah kita nak belajar berpijak di bumi nyata dan berani kerana
benar dan tak payahlah berselindung di sebalik konspirasi dan pelbagai tuduhan dan sebagainya semata-mata nak mempertahakan tindakan tidak bermoral tu..