Tuesday, May 5, 2009

BN jangan cepat mengaku kalah


Sehingga hari ini, Barisan Nasional belum lagi memutuskan sama ada akan meletak calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti dalam pilihan raya kecil 31 Mei nanti.

Walaupun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya akan membincangkan isu tersebut dalam mesyuart Majlis Tertinggi BN 18 mei nanti, tetapi ramai yang mengharapkan pemimpin utama BN itu akan membuat keputusan untuk bertanding.

Teman bersetuju benar untuk BN bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ramai yang meramalkan peluang untuk merampas kerusi tersebut adalah terlalu tipis kerana kedudukan Penanti yang berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Tetapi apapun alasan, seperti pembaziran wang rakyat dan sebagainya, BN tidak harus cepat mengakui kalah kerana tentunya masih terdapat pengundi yang tidak akan menerima calon daripada Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka.

Apa lagi calon tersebut tidaklah mempunyai keistimewaan sangat kecuali beliau adalah bekas Setiausaha Politik Anwar sahaja dan pernah kalah dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

BN harus mengunakan kesempatan daripada kempen pilihan raya kecil tersebut untuk menerangkan kepada rakyat pelbagai perancangan kerajaan dan yang paling penting bagi menangkis serangan pembangkang yang memang mencari peluang untuk menghemtam kerajaan.

Pentas kempen pilihan raya kecil itu boleh dimanfaatkan untuk menangkis pelbagai fitnah, penipuan yang bakal di taburkan oleh "Raja Pembohong" itu bagi mencapai cita-cita politik beliau walaupun terpaksa mengorbankan kerusi DUN tersebut sebelum ini.

BN harus menghadapi pilihan raya kecil ini dengan rasa tanggungjawab membetulkan kekeliruan yang akan berterusan selagi pemimpin agung kerajaan 16 September itu tidak berjaya ke tampuk kuasanya.

BN tidak harus menghabiskan wang yang banyak sebaliknya peluang itu harus dimanfaatkan secara berhemah bagi mengambil hati rakyat dan tidak mustahil kerusi tersebut boleh di rampas daripada bakal Timbalan Ketua Menteri yang bakal paling berkuasa di Pulau Pinang itu nanti.

Hari ini, bukan sahaja kalangan rakyat yang sayang kepada UMNO dan umat Melayu mulai kecewa dengan mainan politik Anwar itu, malahan rakan rakan sekutu mereka juga mula nampak tembelang dan rentak yang sedang dimainkan oleh pemimpin kesayangan mereka itu.

Oleh itu Teman sebagai manusia kerdil ini turut bersama sama rakyat jelata lain berharapkan sangat agar pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti, Datuk Najib akan meniup semboyan bagi mengerakkan jentera BN berkampong di Penanti bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.

Teman pun sudah bersiap untuk pergi berperang di Penanti cuba dok tunggu semboyan ditiupkan sahaja.

No comments: