Friday, October 31, 2008

Gua Musang pilih Ku Li dengan Shahrir


Sebagaimana yang dijangkakan, persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang hari ini mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan agung parti Mac depan.

Bahagian yang diketuai oleh Ku Li juga turut mencalonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad sebagai Timbalan Presiden dan setakat ini ia merupakan pencalonan pertama untuk Ahli Parlimen Johor Bahru itu untuk kerusi nombor dua UMNO itu.

Dalam persidangan bahagian tersebut, Ku Li dan Shahrir mendapat undi sebulat suara.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, Gua Musang mencalonkan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afifuddin Haji Omar.

Kedua-dua calon berkenaan juga memperolehi undi pertama mereka untuk jawatan tersebut.

Bagi Teman, inilah yang menariknya pilitik UMNO ini, macam-macam boleh jadi dan tentunya perwakilan UMNO Gua Musang sudah membuat perhitungan sendiri dalam memilih calon yang mahu diketengahkan bagi memimpin parti itu.

Tahniah buat Ku Li.. dan Teman nak tunggu komen Datuk Shahrir pula..