Sunday, October 26, 2008

Nira nipah di Menara Kuala Lumpur


Petang tadi Teman sempat menghadiri rumah terbuka aidilfitri Menara Kuala Lumpur, dan bagi Teman majlis tersebut turut mencipta sejarah tersendiri kerana satu-satunya Majlis Terbuka yang diadakan di tempat tertinggi di Kuala Lumpur.

Kalau tahun lalu majlis seperti itu dibuat di ruang legar menara, kali ini mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MKL, Datuk Zulkifkli Mohamad mahu mencipta satu lagi sejarah, majlis seumpama itu yang diadakan ditempat tertinggi di Kuala Lumpur. Sambil menjamu selesa dapat juga meninjau panorama menarik Kuala Lumpur, apabila majlis tersebut diadakan dari petang hingga ke malam, tentunya pemandangan itu indah dapat di lihat.

Teman mengenali Datuk Zul agak lama dan tahu sangat macamana anak Sungai Petani ni sentiasa gigih dan ketagih bekerja, tak hairanlah beliau bukan sahaja sering mendapat pujian tetapi, nama Menara KL mengharum ke seluruh dunia. Malahan persidangan menara -menara tertinggi di dunia juga pernah diadakan di situ.

Kegigigan bekerja dan sentiasa kreatif juga menjadikan Menara KL sentiasa menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam dan luar negara dan sudah menjadi destinasi wajib bagi pelancong India dan China.

Antara yang menarik, majlis sambutan hari raya itu diadakan kebetulan dalam usia menara yang sudah mencapai 12 tahun,ialah minuman yang dibawa khas dari Kedah yang dihasilkan melalui pokok nipah iaitu nira nipah

Barangkali minuman nira nipah yang terkenal di beberapa kawasan di Kedah seperti di Yan, Merbok dan Kuala Kedah, adalah satu-satunnya minuman seperti itu yang dihidangkan di majlis majlis di Kuala Lumpur, apalagi majlis di tempat bertaraf lima bintang seperti di Mega View Menara KL ni.

Idea dan usaha Datuk Zul ini harus dipuji kerana ia bukan sahaja memberi suasana kelainan dan unik majlis tersebut tetapi dapat mempromosi nira nipan ke kota besar Kuala Lumpur seterusnya ke peringkat antarabangsa, kerana Teman percaya anak muda di bandar hari ini tidak mengenal dan jauh sekali merasa air nira nipah.

Anak anak Teman, Nurul Atikah dan Mohd Ashfar juga tak tahu bila ditanya nira nipah dan kata mereka tak pernah mendengar, apalagi nak melihat, jauh sekali nak merasa.

Teman nak cadangkan kat Datuk Zul, jadikan nira nipah itu sebagai minuman yang mesti disediakan dalam menu makanan yang dihidangkan di majlis-majlis di Menara KL. Tentunya pelancong ke Menara KL akan membawa balik satu lagi kenangan manis di samping mampu mempertingkatan pendapatan pengusaha nira yang selama ini menganggapkannya sebagai aktiviti sampingan.

Teman masih ingat lagi macamana Tan Sri Sanusi Junid sewaktu mempromosi kelapa muda dulu, ramai orang yang tertawakan beliau, bagaimanapun idea yang dianggap sebagai pelik itu akhirnya membantu meningkatkan ekomoni pekebun kelapa hinggakan kelapa muda lebih malah daripada kelapa tua.

Tentunya air nira ini juga boleh dijadikan salah satu lagi produk pelancongan yang sekaligus mampu meningkatkan ekonomi penduduk kampong.

Kadang- kadang kita lupa benda yang kecil itu mampu melonjak dan mencetuskan idea yang besar macamana yang sedang di buat oleh Datuk Zul hari ini. Jangan berhenti kat situ Datuk.

Teman juga diberitahu, Datuk Zul juga sekarang adalah salah seorang jawatankuasa menara-menara tertinggi di dunia yang tentunya jawatan itu secara tidak langsung dapat mempromosi negara di dunia luar.

Tentunya kegigihan beliau itu jugalah yang membawa kepada perubahan besar menara KL daripada pusat pemancar TV kepada tempat tumpuan pelancong, pelbagai program disusun beliau.

Bagaimanapun dalam menyusun pelbagai program, beliau tidak pernah membelakangkan promosi produk tempatan, antaranya pesta makan durian pernah dianjurkan di situ, yang mendapat sambutan mengalakkan, pesta kacau bubuk lambok yang menjadi makanan popular bulan puasa dan pelbagai lagi yang kesemuanya mampu menarik pelancong ke Menara KL disamping mengenengahkannya dan memperkenalkan sebagai produk pelancongan.

Tentunya lepas ini banyak lagi yang Datuk Zul akan buat untuk Menara KL dan Teman harap tidak lupa juga dengan Menara Alor Star yang menjadi adik kedua Menara KL disamping Menara Taming Sari Melaka. Dalam sedar tak sedar negara kita sudah mempunyai tiga menara yang mampu mengamit pelancong.

Bagi Teman, apa yang penting, usaha gigih dan berani memcuba sahaja mampu menjanjikan kejayaan. Terima kasih juga pada Fadzil dan Mazlan kerana jemput Teman dan tahniah kerana majlis itu berjaya dan meriah.

2 comments:

ruff said...

my name is ashraf lah..
not asfar..
haha..

Ashraf :) said...

yea..