Thursday, October 30, 2008

WATAN semakin berkembang



Alhamdulilah, mingguan WATAN sudahpun berada di pasaran lebih dua bulan, kini ia sudah masuk isu ke 10. Dengan berkat kegigihan dan komitmen kakitangan yang bekerja tanpa mengenal penat dan perit disamping sokongan pembaca setia, kami sudah berada di persada pembaca bagi sama-sama bersaing dengan media lain sekaligus mengisi kekurangan modium media cetak politik yang bebas.

Dengan berkonsepkan Berani Terus Benar kami cuba memberikan laporan yang
bertangguangjawab tanpa dipengaruhi mana mana sentimen walaupun kadangkala lebih banyak menerima kecamanan daripada pujian.

Apupun segalanya adalah satu kekuatan kepada kami untuk terus berada di pasaran bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah dinikmati 13 tahun lalu disamping meneruskan agenda kebebasan akhbar yang seharusnya menjadi salah satu paksi kepada perkembangan negara dan minda rakyat.

Dengan memulakan keluaran hanya 32 muka surat, kini kamu cuba maju setakat lagi dengan menambah muka surat kepada 40 muka sejajar dengan perkembangan pengedaran yang mula diterbitkan sebanyak 30 ribu naskah sahaja dan kini sudahpun mencapai 50 ribu. Satu perkembangan yang amat membanggakan bagi kami yang lahir dalam serba kekurangan.

Dengan penambahanan muka surat juga, beberapa ruangan baru diwujudkan antaranya, Naluri Wanita, ruangan baru yang khusus untuk melaporkan aktiviti dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kaum hawa yang tidak dapat dinafikan antara pembaca setia Watan.

Begitu juga dengan ruangan Wawancara kalau dulu hanya dua muka surat sahaja, kini ditambah tiga lagi, bagi memberi ruang yang luas kepada tokoh yang dipilih membentangkan misi dan visi mereka disamping tidak kurang juga untuk kepuasan kepada pembaca.

Manakala ruangan ISU, mefokuskan kepada isu-isu semasa disamping juga menyediakan ruang kepada tokoh tokoh tertentu mengupas mengenai sesuatu isu.

Tidak kurang pentingnya kemunculan kami yang mula terasa di pasaran ini mendapat sokongan besar daripada pengiklan pengiklan yang menyatakan komitmen mereka untuk terus bersama kami.

Apapun tanpa sokongan pembaca kami tidak akan berada di pasaran seperti hari ini, terima kasih daun keladi.

Begitu juga tanpa sokongan kuat kakitangan di jabatan pengarang dan kawan-kawan yang turut bersengkang mata setiap hari date line, kami juga sukar untuk terus berada di pasaran tepat pada masanya. Terima kasih saudara Zabidi Saidi, Shahhilan Alias Badrul Hafiz disamping teman-teman lain yang membantu dari luar, Datuk Kadir Jasin, Datuk Raja Ahmad Zainuddin, Mat Desa, Abang Zakaria Bidin, Daud Ibrahim, Shamsuri Roslan dan ramai lagi.

Tidak kurang juga kepada bos lama yang banyak memberikan sokongan moral walaupun Teman banyak memgecewakan beliau...Maafkan saya Bos, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Insallah sokongan dan dorongan daripada semua, WATAN akan terus berada di pasaran dan mampu melebarkan sayapnya dengan lebih jauh lagi.

Tidak kurang juga teguran membina amat kami perlukan, hubungi kami melalui tel: 03 21616916 atau email: mingguan_watan@ yahoo.com atau boleh juga hubungi Teman melalui email: bbahaazuwan@yahoo.com. atau bahazuwan@gmail.com .Terima Kasih buat semua.

1 comment: