Saturday, May 2, 2009

cyber warrior yang muflis


Lama benar Teman tak jengok blog sendiri, hasrat hati macam macam nak tulis, apa lagi dengan pelbagai isu yang ada kebelakangan ini daripada deman pemilihan agung UMNO hingga kepada perlantikan kabinet baru dan pilihan raya kecil DUN Penanti hujung bulan ini.

Tetapi kerana tuntutan tugasan lain, hasrat tu tinggal macam tu sahaja. Tapi entah apa hal pagi ini Teman terasa nak menulis pula. Semangat mai pula dah.

Sewaktu menjengok beberapa blog kebelakangan ini, Teman tertarik dengan isu sahabat Teman saudara Rashid Yusuf yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rashid yang pernah berkerja dengan Khairy Jamaludin sebelum ini barangkali terkejut kerana sebaik sahaja nama beliau turut disebut untuk mengisi jawatan tu, ramai panglima panglima perang atau hantu-hantu raya blog yang kurang berpuashati dengan membuat pelbagai kecaman.

Teman hairan juga, jawatan setiausaha ahbar pun dipolitik oleh orang-orang media yang selalu melaungkan perjuangan yang bebas tapi awat pula dalam hal ini mereka memilih isu ini sebagai agenda penting.

Teman bukan apa, sepatutnya masih ada benda yang lebih penting dimanfaatkan dalam forum-furum sebegini daripada 'menjadi jaguh' dalam menentukan nasib seseorang.

Teman bukan hendak menyebelahi Rashid, tetapi apakah dosa sahabat Teman tu dan buruk sangatkah Saudara Khairy ini hinggakan sesiapa yang pernah ada kaitan dengan beliau tidak layak untuk menduduki jawatan sepenting begitu.

Sepatutnya kita harus faham, pemilihan UMNO yang baru lalu adalah proses dalam keluarga dan pertandingan itu bukan bertujuan memecah belahkan parti dan selesai pemilihan sudah sampai masa untuk kita bersatu semula.

Tepi sedihkan ada pula golongan yang bangun menjadi hero cuba mengasingkan orang tertentu dan menghukum pula orang yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka. Kalau macam ni sampai bila Melayu nak maju.

Barangkali Tan Sri Muhyiddin tidak akan terpengaruh dengan pelbagai dakyah itu, kebijaksanaan beliau untuk memilih para pegawainya sama sekali tidak dipengaruhi unsur-unsur tersebut.

Tetapi bagaimana pula orang luar UMNO akan melihat betapa sempitnya otak "cyber warrior" pemimpin tertentu UMNO yang begitu ketinggalan zaman dan muflis hinggakan apa yang berlaku dalam rumahtangga parti boleh dijadikan isu berpanjangan sedangkan proses pemilihan sudah selesai dan masa kini adalah waktu untuk bekerja dan bukan beretorik lagi.

Bagi Teman, kalau masih ada lagi pemikir pemikir yang berfikiran sedemikian sampai bila pun kita tak maju...bagi Rashid..kesian kat hang tapi yang paling kesian kat bos hang, saudara Khairy apa la hina sangat, sampai ke situ orang dok hukum dia. Bagi Khairy, perkembangan ini satu kekuatan kepada adinda ku ini untuk terus mengubah minda ahli UMNO yang masih dibelenggu pemikiran kolot.

3 comments:

Anonymous said...

kadang kadang lawak juga tengok perangai orang media ni, dok nasihat orang, kritik orang tapi bila tengok dalam kes ni mereka lagi teruk...cakap tak serupa bikin ..kata orang dia yang lebih.

kak pora,subang said...

belajar belajar lah berubah sikit minda yang muflis, banyak lagi tanggungjawab yang harus dilaksana, walaupun mata pena lebih tajam dari mata pedang...tapi fitnah lebih teruk dari membunuh.

kawan lama AS said...

menarik juga isu ry ni, banyak blog yang mainkan isu ini, apapun sebagai bekas wartawan besar yang ada pengalaman pernah bekerja dengan Tun Daim sebelum ini dan dengan Khairy, RY tidak perlu gusar. TSMY tentu mempunyai pandangan yang jelas tanpa dipengaruhi mainan politik orang Media. Relax bro.